Pusat Pembangunan Karier UKM | UKM Career Advancement Centre

Brisk Walk UKM-Karier: Minda Cergas, Badan Sihat

31 Oktober 2025 | Kajang

Pusat Pembangunan Karier (UKM-Karier) telah mengadakan satu program di bawah Agenda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan iaitu Sesi Brisk Walk di Canal park, Alam Sari, Kajang. Program ini bertujuan mempromosi aktiviti kesihatan dan kecergasan badan serta mengeratkan hubungan di antara pasukan.

Pasukan UKM-Karier yang terdiri dari 12 orang, telah memulakan langkah brisk walk sebagi salah satu langkah kesihatan. Turut hadir ialah Prof. Madya Dr Zaleha Yazid (Timbalan Pengarah Kebolehpasaran graduan dan Jaringan) dan Dr. Wardah Mustafa Din (Timbalan Pengarah Pembangunan Kerjaya Pelajar), UKM-Karier.

Sesi yang berlangsung selama 3 jam ini telah berjaya menerapkan kesihatan selain berjaya berjalan selama 1.2 km.

 

Disediakan oleh
Nurul Ashikin Zainurdin