Pusat Pembangunan Karier UKM | UKM Career Advancement Centre

BSN Campus Engagement Programme

23 April 2025 | Bangi

Satu sesi perkongsian yang amat bermanfaat telah diadakan bersama En. Izham Ab Wahab, Chief Human Capital Officer Bank Simpanan Nasional (BSN), menerusi Career Talk: BSN Campus Engagement Programme.

Program ini menyediakan platform eksklusif kepada para pelajar UKM untuk memahami dengan lebih mendalam dunia korporat, termasuk nilai, budaya kerja serta hala tuju kerjaya di BSN. Melalui sesi interaktif tersebut, para pelajar berpeluang mendapatkan maklumat terus daripada kepimpinan BSN mengenai peluang latihan industri, skim pengambilan graduan dan prospek kerjaya jangka panjang dalam sektor kewangan.

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada pihak BSN atas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman yang sangat bermakna. Semoga kerjasama sebegini terus memperkasa pembangunan kerjaya mahasiswa UKM serta membuka lebih banyak peluang masa hadapan untuk mereka.

Disediakan oleh
Muhammad Shahzmil Nur Aqeim