Bengkel Pelaksanaan Hala Tuju UKM-Karier 2026 - 2030 dan Perancangan Program 2026
BANGI, 11 Mac 2026 – Pusat Pembangunan Karier (UKM-Karier), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan Bengkel Pelaksanaan Hala Tuju UKM-Karier 2026–2030 dan Perancangan Program 2026 yang telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Pembangunan Karier UKM, Prof. Madya Dr. Salleh Amat.
Bengkel ini bertujuan memperincikan hala tuju strategik UKM-Karier bagi tempoh lima tahun akan datang serta menyelaraskan perancangan program tahun 2026 bagi memperkukuh pembangunan kerjaya dan kebolehpasaran graduan UKM.
Sepanjang bengkel, peserta telah terlibat dalam sesi perbincangan dan percambahan idea berkaitan strategi pelaksanaan, penambahbaikan perkhidmatan kerjaya, pengukuhan kerjasama industri serta perancangan program yang bersesuaian dengan keperluan semasa pasaran pekerjaan.
Penekanan turut diberikan kepada penetapan sasaran dan petunjuk prestasi (KPI) bagi memastikan setiap inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan secara sistematik serta menghasilkan impak yang berkesan.
Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pelaksanaan hala tuju UKM-Karier 2026 – 2030 yang lebih strategik, bersepadu dan berimpak tinggi dalam usaha melahirkan graduan UKM yang kompetitif, berketerampilan dan bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan.
Disediakan oleh:
Cik Nurul Ashikin Zainurdin