Pusat Pembangunan Karier UKM | UKM Career Advancement Centre
Menu
Empowering Graduates With Power BI
20 November 2025 | Bangi
Pusat Pembangunan Karier (UKM-Karier) telah berjaya menganjurkan program Empowering Graduates with Power BI yang berlangsung dari 17 hingga 20 November 2025. Program intensif ini melibatkan seramai 100 orang pelajar tahun akhir daripada pelbagai fakulti yang berminat meningkatkan kemahiran analitik dan kebolehpasaran mereka.
Program ini diserikan dengan kehadiran Prof. Madya Dr. Zaleha Yazid, Timbalan Pengarah UKM-Karier, yang turut mengikuti keseluruhan program untuk memberi sokongan dan motivasi kepada para peserta. Sesi ucapan telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Salleh Amat, Pengarah UKM-Karier, yang menekankan kepentingan program ini bagi pelajar: “Program ini merupakan program kemahiran yang diperlukan oleh pelajar kini dan juga masa hadapan, supaya mereka dapat menjadikannya sebagai nilai tambah semasa mencari pekerjaan.”
Objektif utama program ini adalah untuk memastikan graduan UKM lebih berdaya saing apabila memasuki dunia profesional. Berdasarkan maklum balas peserta, program ini berjaya meningkatkan penguasaan mereka dalam visualisasi data, pembinaan papan pemuka (dashboard), serta penganalisisan data besar (big data) menggunakan Power BI—kemahiran yang kini sangat diperlukan dalam pelbagai industri.
Program Empowering Graduates with Power BI turut mendapat sokongan penuh melalui penajaan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), menunjukkan komitmen KPT dalam melahirkan graduan berkualiti tinggi, relevan dengan keperluan pasaran kerja, dan bersedia menghadapi cabaran era digital.