Pusat Pembangunan Karier UKM | UKM Career Advancement Centre

Esprit De Corps 26'

4 April 2026 | Esprit De Corps

Seramai 25 pelajar UKM di bawah Kelab Career Buddies telah menyertai Program Esprit De Corps yang berlangsung pada 4 April 2026. Program ini turut diiringi oleh sembilan orang kakitangan UKM yang berperanan sebagai fasilitator dan pemantau sepanjang aktiviti dijalankan.

Penganjuran program ini bertujuan untuk memupuk semangat kepimpinan, kerjasama serta komunikasi dalam kalangan pelajar. Pelbagai aktiviti berkonsepkan pembinaan pasukan dan latihan dalam kumpulan telah dilaksanakan bagi mengeratkan hubungan antara peserta dan staf.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektifnya dalam memperkukuh semangat berpasukan serta meningkatkan kesediaan pelajar dalam menghadapi cabaran organisasi dan pembangunan kerjaya pada masa hadapan.

Disediakan oleh
Muhammad Hazim Haziq Tamami

#SDG4 Quality Education

#SDG8 Decent Work and Economic Growth

#SDG17 Partnership for the Goals