Pusat Pembangunan Karier UKM | UKM Career Advancement Centre

RECAP HARI KERJAYA UKM 2026

Hari Kerjaya UKM 2026 telah berjaya dianjurkan pada 9 dan 10 Jun 2026 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Program yang berlangsung dengan kerjasama Talentbank ini menghimpunkan 43 syarikat daripada pelbagai industri yang membuka reruai pameran dan menawarkan peluang pekerjaan, latihan industri serta jaringan kerjaya kepada warga UKM.

Antara pengisian utama program ialah Majlis Pelancaran MySISWA Job on Campus (JoC) yang telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UKM, sekali gus menandakan komitmen UKM dalam memperkasakan peluang pekerjaan dalam kampus untuk para pelajar.

Pada hari kedua penganjuran, program turut diserikan dengan kehadiran YB Tuan Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi yang telah meluangkan masa melawat reruai pameran serta berinteraksi dengan para pelajar dan pihak industri.

Terima kasih diucapkan kepada semua syarikat, rakan strategik, warga UKM serta para pelajar yang telah menjayakan Hari Kerjaya UKM 2026. Semoga program ini terus menjadi platform yang memperkukuh kebolehpasaran graduan serta membuka lebih banyak peluang kerjaya kepada warga universiti.

#universitikebangsaanmalaysia
#ukm
#UKMKarier
#kebolehpasarangraduan
#UKMSharing

Disediakan oleh
Nor Aisyah Abdullah