Pusat Pembangunan Karier UKM | UKM Career Advancement Centre
Menu
Jelajah MyMAHIR AI
7 Disember 2025 | Jelajah MyMahir AI
Seramai 40 pelajar UKM telah menyertai sesi Jelajah MyMahir AI bagi mempelajari asas Kecerdasan Buatan (AI) serta memahami bagaimana teknologi ini membuka peluang baharu dalam kerjaya dan kehidupan masa kini.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Encik Edward Ling (Ketua Pegawai Eksekutif, TalentCorp), Encik Nazrul Aziz (Ketua Pegawai Strategi, TalentCorp), Puan Nor Zulaila Abd Ghani (Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kajang – MPKJ), serta Encik Raymond Kwan Say Hong (Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kajang) yang sama-sama memberikan sokongan terhadap inisiatif ini.
Kehadiran para pemimpin ini menunjukkan komitmen berterusan TalentCorp dalam memperkasa bakat Malaysia melalui peningkatan kemahiran digital dan AI di seluruh negara.
Terima kasih para peserta atas penyertaan dan semangat yang luar biasa!