Pusat Pembangunan Karier UKM | UKM Career Advancement Centre
Menu
UKM Jadi Tuan Rumah Mesyuarat NACDA, Perkukuh Jalinan Pusat Pembangunan Kerjaya Universiti
13 Mac 2025 | Bangi
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat National Career Development Centre Association (NACDA) yang diadakan pada 13 Mac 2025, bertempat di Pusat Pembangunan Karier, UKM.
Mesyuarat ini bertujuan membincangkan hala tuju strategik dalam memperkukuh agenda kebolehpasaran graduan, pembangunan profesional pelajar serta kolaborasi industri.
NACDA berperanan sebagai platform kerjasama nasional yang menyelaras pelaksanaan inisiatif pembangunan kerjaya di universiti, selain menjadi jambatan penghubung antara institusi pendidikan tinggi dan pihak industri dalam memperkukuh ekosistem kebolehpasaran graduan negara.
Dalam mesyuarat kali ini, UKM melalui UKM-Karier tampil sebagai tuan rumah, dengan kehadiran ahli-ahli NACDA dari pelbagai universiti awam. Mesyuarat dipengerusikan oleh Dr. Sryee Inthran, Head, Career Centre, Alumni Connect & Corporate Training @ Asia Pacific University of Technology & Innovation dan turut dihadiri oleh Cik Nurul Ashikin Zainurdin, Director of Industry Partnership, UKM-Karier, yang juga merupakan ahli aktif NACDA.
Mesyuarat turut membincangkan pelan aktiviti bersama bagi tahun 2025 termasuk perkongsian amalan terbaik, program pembangunan profesional kaunselor kerjaya universiti, serta usaha memperluas jalinan dengan pemain industri utama.