Anda seorang Usahawan Mikro? 👩🏻💼🧑🏻💼
Ingin meningkatkan pendapatan syarikat dengan menguasai kreativiti & digital? 📱💻
Sertai program MasterClass Social Commerce Micro Connector 2.0 bermula pada bulan Jun 2023 ini!
Program ini direka khas oleh profesional industri untuk melahirkan usahawan dan tenaga kerja mahir sedia industri yang berkaitan dengan Industri Kreatif dan Ekonomi Digital.
Tajaan latihan disediakan 80% meliputi pembiayaan latihan dan syarikat / pelatih juga akan mendapat nilai tambah iaitu Pengiklanan & Penjenamaan Digital oleh KRU.
Kriteria kelayakan pemohon seperti berikut:
1. Jualan tahunan antara RM150,000 dan RM300,000 setahun
2. Perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia / berdaftar dengan mana-mana organisasi profesional yang diiktiraf oleh undang-undang.
3. Sekurang-kurangnya 60% daripada ekuiti yang dimiliki oleh warganegara Malaysia
4. Mempunyai Penyata Kewangan / Akaun Pengurusan yang telah diaudit atau Borang eB, eP daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri sekurang-kurangnya 1 tahun (terkini)
5. Perusahaan Mikro yang terlibat dalam industri berimpak tinggi seperti bidang berikut digalakkan untuk mengambil bahagian:
• Aksesori & Fesyen
• Makanan & Minuman
• Kecantikan
• Kesihatan & Gaya Hidup
• Industri Halal
• Pelancongan
• Pertanian Pintar
• Aeroangkasa
• Elektrik & Elektronik
• Peranti Perubatan
• Gas & Minyak
• Biojisim / Bioteknologi
Cara pendaftaran: https://forms.gle/x1DNZp31bkDTKR8H9
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian 019-980 8806 (Bella).