Pusat Pembangunan Karier UKM | UKM Career Advancement Centre

Resume 101 GTI MALAYSIA

3 Disember 2025 | Bangi

GTI Malaysia baru-baru ini menganjurkan program Resume 101, yang dihadiri oleh lebih 40 peserta. Program ini menampilkan Ms. Abrina Kreeti Pillay, Marketing Executive di GTI Media, yang berkongsi tips, strategi, dan rahsia untuk menghasilkan resume yang kemas, tersusun, dan mampu menarik perhatian majikan.

Para peserta diberi panduan praktikal tentang cara menonjolkan kemahiran, pengalaman, dan pencapaian secara profesional. Program ini bertujuan membantu pencari kerja membina resume yang lebih efektif dan kompetitif, sekaligus meningkatkan peluang mereka dipanggil temuduga. Dengan ilmu daripada pakar industri seperti Ms. Abrina, peserta dapat memahami apa yang dicari oleh majikan dalam resume yang ideal.

Disediakan oleh
Muhammad Shahzmil Nur Aqeim

#SDG4 Quality Education

#SDG8 Decent Work and Economic Growth

#SDG17 Partnership for the Goal