Pusat Pembangunan Karier UKM | UKM Career Advancement Centre
Menu
UKM Jadi Tuan Rumah Mesyuarat MyGRAD, Fokus Persediaan GRAND 2025 dan Agenda Kebolehpasaran Graduan
14 April 2025 | Bangi
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Majlis Kebolehpasaran Graduan dan Kerjaya Universiti Awam Malaysia (MyGRAD) Kali Ke-6 (Bil. 2/2025) yang menghimpunkan pengarah dan wakil pusat kerjaya dari seluruh universiti awam di Malaysia.
Mesyuarat kali ini turut disertai dengan Bengkel Persediaan Penganjuran Persidangan Graduate and Career Development Network (GRAND) 2025, yang memberi tumpuan kepada perancangan strategik penganjuran persidangan kebangsaan tersebut.
Program yang berlangsung di UKM Bangi ini turut dihadiri oleh wakil dari Bahagian Dasar, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Kehadiran pihak KPT memperkukuh lagi perbincangan mengenai dasar dan hala tuju nasional berkaitan kebolehpasaran graduan.
Antara agenda utama yang dibincangkan ialah perkembangan semasa Graduate Employability (GE) di universiti awam, integrasi data kebolehpasaran graduan serta jalinan kolaborasi strategik bersama pihak industri.
Bengkel yang dijalankan turut memberi tumpuan kepada penyelarasan persediaan Persidangan GRAND 2025, termasuk perincian tema, struktur pembentangan dan penglibatan strategik industri.