Pensijilan ISO / IEC 27001:2013 Information Security Management Systems (ISMS)

UKM dalam usaha memperoleh Pensijilan ISMS (Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat) di bawah standard ISO / IEC 27001:2013 Information Security Management Systems.

Objektif Pelaksanaan
  • Mengawal Keselamatan Maklumat Universiti dari segi kerahsiaan, integriti dan kebolehsediaan
  • Mengenalpati ancaman dan risiko dalam persekitaran ICT
  • Meningkatkan Keyakinan Pelanggan dan Pihak Berkepentingan mengenai tahap keselamatan maklumat Universiti
Skop Pensijilan ISMS UKM 
 
Pengurusan Pangkalan Data Sistem Maklumat Universiti (SMU) yang merangkumi sumber manusia, maklumat, proses dan teknologi di Pusat Teknologi Maklumat UKM. Pangkalan Data SMU ini menyokong kepada proses kritikal UKM merangkumi sistem berikut:
  • Pengurusan Maklumat Kakitangan
  • Pengurusan Maklumat Pelajar
  • Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Universiti
  • Pengurusan Penyelidikan Universiti
Tarikh Kuat Kuasa Pelaksanaan ISMS UKM: 01 Mei 2014
Sasaran Pensijilan: Disember 2014