Mesyuarat Majlis Pengurusan Kualiti IPTA (MPQ-IPTA)

Mesyuarat kali pertama diadakan pada 4 Oktober 2011 dan Pusat Jaminan Kualiti, UKM selaku universiti yang mencadangkan perjumpaan ketua pengurusan kualiti di kalangan 20 IPTA telah dipilih menjadi Sekretariat dan Pengarah Pusat Jaminan Kualiti (PJK) iaitu Prof. Ir. Dr. Shahrir Abdullah dilantik menjadi Pengerusi bagi tempoh 2012-2013. Mesyuarat kali pertama ini telah membangunkan Terma Rujukan MPQ-IPTA seperti berikut:

  1. Menjadi pentas kepada wakil IPTA untuk berkongsi hal berkaitan dengan kualiti pengurusan dan akademik;
  2. Menjadi pentas kepada wakil IPTA untuk berkongsi amalan terbaik pengurusan kualiti;
  3. Menjadi pentas kepada wakil IPTA merancang aktiviti berkaitan dengan kualiti untuk kepentingan bersama;
  4. Menjadi badan rasmi mewakili IPTA bagi menghubungkan badan kualiti dalam dan luar  negara dengan pengurusan Universiti

 

Mesyuarat MPQ-IPTA kali kedua iaitu Bil. 1/2012 telah diadakan pada 28 Februari 2012 bertempat di Johor Baru bersesuaian dengan persetujuan mesyuarat sebelum ini untuk menjadikan UTM sebagai tuan rumah. Mesyuarat dihadiri oleh 95% ahli yang dilantik oleh Naib Canselor universiti masing-masing dan beberapa perkara telah dipersetujui seperti berikut:

  1. MPQ-IPTA mewujudkan garis panduan pengurusan kualiti yang merangkumi struktur pengurusan kualiti terbaik dan sekaligus, menjadi panduan dan rujukan kepada IPT bagi pengurusan kualiti di Universiti.
  2. MPQ-IPTA mengadakan seminar atau bengkel berkaitan pengurusan kualiti dengan menjemput peserta/penceramah  daripada IPT  dalam dan luar negara sekaligus, dapat membuka peluang menilai amalan terbaik dalam pengurusan kualiti Universiti.
  3. MPQ-IPTA membuat kajian soal selidik berkaitan pengurusan kualiti di universiti dan agendi kerajaan lain.
  4. MPQ-IPTA mengadakan perjumpaan dengan Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Tinggi, KPT bagi membincangkan beberapa isu berkaitan pengurusan kualiti di IPTA;

 

Mesyuarat MPQ-IPTA diharap dapat menjadi pentas perkongsian amalan kualiti antara IPTA agar skop kualiti dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa serta gabungan suara IPTA dalam hal-hal berkaitan dengan kualiti untuk dibawa kepada badan-badan kualiti seperti MQA, SIRIM, MAMPU dan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT).