PEMAKLUMAN AUDIT PEMATUHAN SWAAKREDITASI OLEH AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA)

Dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ialah sebuah Universiti yang telah dianugerahkan status swaakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Status swaakreditasi ini telah melayakkan UKM untuk mengakredit program pengajiannya sendiri kecuali program profesional yang memerlukan akreditasi serta pengiktirafan badan profesional yang berkaitan.  

Bagi memastikan status swaakreditasi ini kekal relevan, audit pematuhan akan dilaksanakan oleh pihak MQA pada setiap lima (5) tahun sekali.  Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa UKM akan menghadapi Audit Pematuhan Swaakreditasi oleh MQA seperti butiran berikut:

Tarikh: 03 hingga 05 April 2023 (Isnin – Rabu)
Masa: 9.00 pagi – 4.30 petang
Tempat: Canselori UKM

Warga UKM adalah dipohon agar sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama sepanjang audit ini dijalankan. 

Sekian, terima kasih.