Perbezaan antara Google Gemini dan Google NotebookLM
Duratul Ain Yahya Pusat Teknologi Digital, UKM Kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI) telah menghasilkan pelbagai inovasi yang memberi kesan besar kepada cara manusia bekerja dan belajar. Dalam ekosistem digital, Google merupakan antara peneraju utama yang sentiasa memperkenalkan produk berasaskan AI untuk membantu pengguna meningkatkan produktiviti serta pengalaman berinteraksi dengan maklumat.