Kurang Sel darah Putih

–

Kurang sel darah putih neutrophil dalam darah (Neutropenia)

Saranan untuk menghalang infeksi berkenaan neutropenia adalah:

  • Nyahbekukan makanan yang dikeluarkan daripada peti beku ke dalam peti sejuk atau ketuhar gelombang mikro. Jangan sesekali nyahbekukan makanan beku pada suhu bilik atau di luar peti sejuk.
  • Masak makanan sejurus selepas proses mencairkan makanan beku.
  • Letak makanan dalam peti sejuk atau peti beku (bawah 1 ) sejurus selepas membeli untuk menghadkan pembiakan bakteria.
  • Sejukbekukan semua lebihan makanan dalam masa 2 jam selepas masak dan makan dalam masa 24 jam sahaja.
  • Pastikan makanan panas disajikan dalam keadaan panas dan makanan sejuk disajikan dalam keadaan suhu bilik
  • Masak sepenuhnya semua daging, ayam dan ikan dan elakkan memakan makanan mentah seperti telur dan ikan mentah.
  • Beli makanan untuk satu sajian, di mana lebih baik daripada membeli makanan yang dijual dalam saiz yang banyak menyebabkan lebihan makanan.
  • Apabila makan di luar , elakkan memakan secara buffet atau bar salad
  • Hadkan pendedahan dengan orang ramai dan orang yang mempunyai infeksi.
  • Basuh tangan dengan kerap untuk mengelakkan penyebaran bakteria.
  • Senarai ini mungkin dimodifikasi selepas kemoterapi atau apabila jumlah darah (blood count) kembali normal.