PEMAKANAN KANSER KEPALA DAN LEHER

 Kumpulan Penyelidikan Pemakanan Kanser Kepala dan Leher

Peringkat Proses Penelanan

Penelanan yang selamat dan efektif bergantung kepada ketepatan masa di mana berlakunya 3 peringkat asas dan dipengaruhi oleh fungsi saraf dan otot yang terlibat dalam proses penelanan.

Antara tiga peringkat dalam proses penelanan termasuklah :

Fasa oral (Oral Phase)

t1

  • Makanan dikunyah dan bercampur dengan air liur (saliva) untuk membentuk sejenis gumpalan makanan yang mempunyai konsistensi yang lembut dikenali sebagai bolus.
  • Lidah kemudian akan menolak bolus ke bahagian belakang mulut.
  • Pesakit yang mempunyai masalah pada peringkat oral akan mengalami kesukaran untuk mengetap bibir pada garpu dan sudu, sukar mengunyah makanan pepejal, sukar untuk membentuk bolus setelah makanan dikunyah atau sukar untuk menggerakkan bolus ke bahagian belakang mulut.

Fasa Farinks/Pharynx (Pharyngeal Phase)

t2

  • Kotak suara akan tertutup untuk memastikan tiada makanan dan minuman termasuk ke dalam saluran pernafasan.
  • Larinks dalam leher bergerak ke atas dan epiglottis akan bergerak untuk menutup larinks, memberikan lebih perlindungan pada saluran udara
  • Sekiranya terdapat kerosakan pada fasa farinks, makanan atau cecair boleh masuk ke dalam tekak sebelum proses penelanan automatik berlaku, mengakibatkan makanan dan cecair akan memasuki saluran pernafasan ke dalam peparu.

Simptom yang berlaku termasuklah

t3    t4

  • Batuk sebelum , semasa atau selepas menelan
  • Tercekik
  • Sesak nafas
  • Perubahan kualiti suara selepas menelan
  • Penurunan berat badan

Fasa Esofagus (Esophageal Stage)

t5

  • Bolus akan bergerak ke dalam esofagus dan tiub otot dalam esofagus akan mengecut untuk menolak bolus masuk ke dalam perut.
  • Sekiranya fasa esofagus terjejas, pesakit mungkin mengalami sakit pedih ulu hati, muntah sendawa atau sakit pada bahagian abdomen.

Video Proses Penelanan

Video kredit kepada Primal Pictures – 3D Human Anatomy

Translate »