PEMAKANAN KANSER KEPALA DAN LEHER

 Kumpulan Penyelidikan Pemakanan Kanser Kepala dan Leher

Isu-isu Kekeluargaan

Family

  • Apabila rawatan berakhir, keluarga sering tidak bersedia untuk menerima hakikat bahawa pemulihan mengambil masa yang lama untuk pulih.
  • Pemulihan anda akan mengambil masa lebih lama daripada rawatan yang anda lakukan.
  • Pemandiri kanser(bekas pesakit kanser) sering mengatakan bahawa mereka tidak sedar berapa banyak masa mereka diperlukan untuk pulih.
  • Ini boleh mendorong mereka kepada kekecewaan dan kebimbangan untuk semua orang.
  • Keluarga juga mungkin tidak sedar bahawa cara keluarga mereka bekerja mungkin telah berubah selama-lamanya akibat kanser.
  • Mereka mungkin memerlukan bantuan untuk menangani perubahan tersebut.
  • Sebahagian pemandiri kanser menyatakan bahawa mereka tidak mungkin dapat menghadapi masalah kehidupan tanpa bantuan dan kasih sayang daripada ahli keluarga mereka.
  • Walaupun rawatan telah berakhir, mereka masih menerima banyak sokongan.
  • Bagi keluarga yang lain, masalah yang hadir sebelum diagnosis kanser mungkin masih wujud, atau yang baru boleh berlaku.
  • Anda mungkin menerima sokongan yang kurang daripada apa yang anda harapkan.

Masalah dengan orang tersayang:

  • Ahli keluarga mengharapkan anda untuk melakukan apa yang anda lakukan sebelum mengalami kanser.
  • Sebagai contoh, jika anda selalu menjaga halaman rumah anda sebelum rawatan, anda mungkin mendapati bahawa perkara ini adalah susah untuk dikendalikan.
  • Namun ahli keluarga yang mengambil alih kerja anda tersebut mahu kembali kepada cara hidup yang normal sebelum ini.
  • Mereka mungkin mengharapkan anda melakukan apa sahaja yang anda pernah lakukan di rumah sebelum menghidapi kanser.
  • Anda juga mungkin mengharapkan lebih daripada apa yang anda terima. Mereka mungkin mengecewakan anda dan menyebabkan anda marah.
  • Sebagai contoh, anda mungkin kurang mendapat perhatian berbanding sewaktu anda menjalani rawatan dahulu.
  • Anda mungkin juga masih perlu bergantung kepada orang lain pada masa ini. Walaupun anda ingin kembali kepada peranan anda dalam keluarga sebelum ini, ia mungkin mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri rutin yang normal seperti dahulu.
  • Sewaktu anda mengalami perkara-perkara ini, keluarga anda juga turut juga cuba menyesuaikan diri.
  • Tambahan lagi, perkara ini mungkin sukar bagi anda semua untuk meluahkan perasaan atau bagaimana untuk berbincang mengenai kanser anda.

Mendapatkan Bantuan mengenai Isu Keluarga

  • Selepas rawatan, anda mungkin mempertimbangkan untuk mendapatkan bantuan daripada seseorang untuk membantu anda dan keluarga anda menyesuaikan diri.
  • Tanya doktor anda atau pekerja sosial untuk merujuk anda kepada kaunselor.
  • Kehadiran seorang pakar dalam peranan keluarga dan pertimbangan selepas rawatan kanser boleh membantu keluarga anda terhadap masalah anda.

Bagaimana anda menangani isu-isu keluarga ini?

  • Biarkan ahli keluarga mengetahui apa yang anda mampu lakukan selepas anda sembuh dan apa yang tidak boleh diharapkan.
  • Sebagai contoh, tidak merasakan bahawa anda perlu menjaga halaman rumah dengan sempurna seperti yang anda sentiasa lakukan pada masa lalu.
  • Faham dan ketahui bahawa masa inilah merupakan masa untuk anda menyesuaikan diri dalam hidup dan ia akan mengambil masa untuk menyesuaikannya.
  • Peranan dalam keluarga mungkin berubah dan emosi yang berbeza boleh berlaku. Ini adalah perkara yang normal.
  • Berikan masa untuk diri anda.
  • Anda dan keluarga anda akan dapat menyesuaikan diri dari masa ke masa terhadap perubahan yang dibawa oleh kanser.
  • Hanya bersikap terbuka antara satu sama lain boleh membantu dalam memastikan bahawa keperluan setiap orang dapat dipenuhi. Komunikasi yang baik adalah sangat penting.

Bercakap dengan kanak-kanak dan remaja

  • Membantu anak-anak dalam keluarga anda memahami bahawa keadaan yang anda alami selepas menlengkapi rawatan.
  • Bersikap terbuka tentang apa yang anda boleh dan tidak boleh lakukan.
  • Anda perlu memberitahu mereka jika anda masih mempunyai kesan sampingan rawatan yang menjadikan perkara tertentu sukar untuk anda lakukan.
  • Jika anda tidak dapat melakukan sesuatu aktiviti atau pergi ke majlis, kanak-kanak mungkin berfikir bahawa anda marah pada mereka.
  • Anak-anak bekas pesakit kanser menyatakan bahawa perkara berikut adalah sangat penting sekali selepas ibu bapa mereka telah selesai rawatan. Perkara berikut adalah:
    1. Bersikap jujur dengan mereka
    2. Bercakap secara berterus-terang dan secara terbuka
    3. Memaklumkan mereka mengenai kanser anda dan terlibat dalam pemulihan anda
    4. Luangkan masa dengan mereka
Translate »