PEMAKANAN KANSER KEPALA DAN LEHER

 Kumpulan Penyelidikan Pemakanan Kanser Kepala dan Leher

Loya

Loya

  • Loya boleh mempengaruhi jumlah dan jenis makanan yang dimakan semasa rawatan.
  • Makan sebelum rawatan adalah penting dan elakkan makanan yang menyebabkan loya.
  • Antara makanan yang boleh menyebabkan loya termasuklah makanan pedas, makanan berminyak atau makanan yang mempunyai bau yang kuat.
  • Makan dengan kerap dan minum air sedikit demi sedikit dengan perlahan-lahan sepanjang hari dapat membantu mengurangkan rasa loya.

Saranan pemakanan adalah seperti yang berikut:

  • Makan makanan yang kering seperti roti bakar sepanjang hari.
  • Duduk menegak atau bagi pesakit yang terlantar dan berbaring perlu tinggikan kepala (menggunakan bantal yang diletakkan di bahagian belakang kepala) daripada badan selama 1 jam selepas makan.
  • Makan makanan yang tidak berempah, tidak pedas, lembut dan mudah dikunyah lebih baik berbanding makanan berat.
  • Elakkan memakan makanan di dalam bilik yang mempunyai bau makanan atau kawasan yang panas, pastikan kawasan tempat duduk adalah selesa dan mempunyai pengudaraan yang baik.
  • Basuh mulut sebelum dan selepas makan.
  • Hisap gula-gula yang keras seperti pudina atau perahan air lemon jika pesakit mempunyai deria rasa yang teruk.
Translate »