PEMAKANAN KANSER KEPALA DAN LEHER

 Kumpulan Penyelidikan Pemakanan Kanser Kepala dan Leher

Rawatan Susulan

  • Semua pemandiri kanser (bekas pesakit kanser) perlu mendapatkan rawatan susulan.
  • Rawatan susulan bermaksud jumpa doktor untuk pemeriksaan sebaik sahaja anda selesai dengan rawatan kanser.
  • Adalah penting untuk mengetahui sebarang perubahan dalam kesihatan anda atau apa-apa masalah yang mungkin berlaku disebabkan oleh rawatan kanser.
  • Pemeriksaan ini juga merupakan masa untuk memeriksa kesan fizikal dan emosi yang terjadi pada setiap bulan atau tahun selepas rawatan berakhir.
# Menjadi rakan kongsi yang aktif dengan doktor anda dan mendapatkan bantuan daripada ahli-ahli pasukan penjagaan kesihatan anda adalah langkah .

Rawatan Susulan

Perancangan Rawatan Susulan

  • Setelah anda selesai dengan rawatan kanser, anda akan menerima perancangan rawatan susulan daripada doktor anda.
  • Butir-butir perancangan anda akan bergantung kepada jenis kanser dan jenis rawatan yang anda alami dan terima, bersama-sama dengan kesihatan anda. Ia biasanya berbeza untuk setiap orang.
  • Berjumpa dengan doktor setiap 3 hingga 4 bulan pada mulanya, selepas itu sekali atau dua kali setahun.
  • Pada lawatan ini, doktor anda mungkin memberi satu pemeriksaan fizikal bersama-sama dengan ujian darah dan ujian susulan lain yang diperlukan.
  • Apabila anda berjumpa dengan doktor anda mengenai rawatan susulan, ia adalah penting untuk bercakap secara terbuka mengenai masalah fizikal atau emosi yang anda hadapi.
  • Sentiasa memberitahu sebarang tanda-tanda atau kebimbangan yang anda alami.
  • Dan perlu diingat, gejala-gejala tertentu yang anda alami tidak selalu bermakna kanser telah kembali. Gejala boleh disebabkan oleh masalah lain yang masih perlu ditangani.

Kehidupan dan gaya hidup yang sihat

  • Selepas rawatan kanser, banyak pemandiri kanser ingin mencari cara untuk mengurangkan risiko kanser kembali semula.
  • Mereka bimbang bahawa cara makan, tekanan dalam hidup atau pendedahan kepada bahan kimia yang boleh meletakkan mereka pada keadaan yang berisiko.
  • Pemandiri kanser mendapati bahawa ini adalah masa untuk mereka mengetahui cara untuk menjaga diri mereka. Ia merupakan permulaan yang penting untuk kehidupan yang lebih sihat.
# Tanya doktor anda mengenai developing survivorship care yang merangkumi cara menjaga fizikal, emosi, sosial dan keperluan rohani anda.
# Doktor anda juga mungkin mencadangkan ahli-ahli pasukan penjagaan kesihatan yang lain untuk anda berjumpa, seperti seorang pekerja sosial, pakar pemakanan, ahli ulama atau jururawat.

Senaman

Garis panduan untuk gaya hidup yang sihat:

  • Berhenti merokok. Kajian menunjukkan bahawa merokok boleh meningkatkan peluang mendapat kanser pada lokasi yang sama ataupun berbeza.
  • Kurangkan pengambilan alkohol. Kajian menunjukkan bahawa meminum alkohol meningkatkan peluang untuk mendapatkan jenis kanser tertentu.
  • Mengekalkan berat badan yang sihat. Makan dengan baik dan kekal aktif boleh membantu anda mencapai berat badan yang sihat dan mengekalkannya.
  • Makan makanan yang sihat dan berkhasiat. Makanan yang sihat boleh membantu mengurangkan risiko kanser. Berbincanglah dengan doktor anda atau pakar pemakanan untuk mengetahui tentang keperluan diet khas yang anda perlu.
  • Bersenam dan kekal aktif. Kajian menunjukkan bahawa kekal aktif selepas kanser boleh membantu mengurangkan risiko kanser berulang dan memanjangkan jangka hayat. Senaman ringan (berjalan kaki, berbasikal, berenang) selama kira-kira 30 minit setiap hari boleh:
    • mengurangkan kebimbangan dan kemurungan,
    • meningkatkan mood dan harga diri,
    • Mengurangkan keletihan, loya, sakit dan cirit-birit
  • Adalah penting untuk memulakan senaman secara perlahan-lahan dan meningkatkan aktiviti dari masa ke masa.
  • Bincang dengan doktor atau pakar (seperti ahli fisioterapi) jika perlu. Jika anda perlu berehat di katil semasa pemulihan anda, lakukan aktiviti kecil juga boleh membantu.
  • Peregangan atau bergerak tangan atau kaki anda boleh membantu anda kekal fleksibel, melegakan ketegangan otot dan membantu anda berasa lebih baik.
  • Sesetengah orang mungkin perlu berhati-hati dalam menjalankan senaman ini.
  • Berbincanglah dengan doktor anda sebelum anda memulakan sebarang program senaman.
Translate »