PEMAKANAN KANSER KEPALA DAN LEHER

 Kumpulan Penyelidikan Pemakanan Kanser Kepala dan Leher

Definasi Penelanan

  • Proses pergerakan makanan atau minuman yang telah diurai di dalam mulut kemudian masuk ke dalam pharynx, atau tekak dan seterusnya ke esofagus supaya makanan masuk ke dalam saluran penghadaman.
  • Apabila seseorang itu menelan, terdapat sejenis struktur tulang rawan (cartilage) yang dikenali sebagai epiglottis yang menutup ruang masuk ke saluran trakea atau salur pernafasan, memastikan bahan yang ditelan memasuki pharynx dan menghalang makanan tersebut daripada memasuki ke dalam saluran pernafasan.
  • Perkara ini merupakan tindakan refleks di mana ia dapat menghalang seseorang itu daripada tercekik.
  • Refleks proses penelanan juga dapat membendung masalah pulmonary aspiration apabila makanan tersalah masuk ke dalam saluran pernafasan.
  • Dari segi anatomi, penelanan juga dikenali sebagai deglutition. Proses penelanan melibatkan koordinasi antara beberapa sistem dan struktur tubuh.
  • Terdapat 3 fasa dalam proses penelanan. Setiap fasa melibatkan pusat pengawalan yang berbeza pada sistem saraf utama atau sistem saraf periferal.
Translate »