PEMAKANAN KANSER KEPALA DAN LEHER

 Kumpulan Penyelidikan Pemakanan Kanser Kepala dan Leher

Temu-ramah Pesakit

Sesi temu-ramah bersama pesakit

En Hamid

Encik Hamid mengalami kanser nasofarinks (Nasopharyngeal Cancer). Beliau berusia 50 tahun. Beliau adalah seorang yang suka makan semua jenis makanan. Beliau merupakan ahli perniagaan yang sentiasa berjumpa dengan pelanggan dan sering makan di luar. Beliau kerap berjumpa dengan pelanggannya di kedai mamak. Di kedai mamak, banyak orang yang merokok dan beliau berpendapat bahawa beliau mengalami kanser disebabkan terdedah dengan asap rokok membuatkan beliau seorang perokok pasif. Setelah beliau didapati menghidapi Nasopharygeal Cancer (kanser di bahagian nasofarinks), beliau mengalami penurunan berat badan sebanyak 31 kg sepanjang tempoh rawatan.

Apakah masalah yang dihadapi apabila mengalami kanser kepala dan leher (Dari segi makan, minum, kesukaran menelan dan selera makan)

  • ​Beliau mempunyai masalah penelanan selepas menerima kemoterapi.
  • Beliau menggunakan pergerakan badan (body language) untuk menyampaikan mesej kepada ahli keluarganya kerana beliau akan berasa dahaga apabila bercakap dan perlu meminum air untuk menghilangkan dahaga.
  • Disebabkan beliau mengalami masalah penelanan, beliau berasa sakit setiap kali meminum air.
  • Setelah melakukan pembedahan dan rawatan kemoterapi , pesakit mengalami kesukaran untuk makan.
  • Pegawai Dietetik di HUKM ketika itu mengesyorkan beliau untuk mengambil produk formula (Prosure).
  • Sampai ke satu tahap di mana beliau mampu menelan makanan bertekstur lembut (soft diet) seperti bubur dan sup.
  • Setiap kali selepas rawatan, beliau berasa mudah kenyang dan hilang selera makan.

Adakah anda mengalami apa-apa komplikasi apabila menjamu selera? Jika ya, maka apa yang anda lakukan untuk mengatasi masalah tersebut?

  • Selepas pembedahan beliau dimasukkan ke dalam wad dan pada masa itu, beliau terpaksa makan makanan diet yang bertekstur cecair.
  • Beliau tidak pernah menerima makanan secara dalam tiub atau disalurkan melalui darah (enteral and parenteral feeding).
  • Beliau memakan makanan atau minuman melalui mulut.
  • Walaupun mempunyai kesukaran untuk minum, tetapi beliau turut mengikut saranan dietitian untuk meminum produk formula secara oral. Contohnya, Prosure.
  • Beliau berjaya menghabiskan setiap hidangan dengan menghirup perlahan-lahan dalam jumlah yang kecil dan kerap.

Apakah kesan sampingan yang dialami ketika menjalani rawatan?

  • Encik Hamid menyatakan bahawa dia amat bertuah berbanding dengan orang lain kerana tidak mengalami banyak kesan sampingan rawatan.
  • Beliau jarang muntah dan tidak tercekik apabila meminum.
  • Sepanjang rawatan, beliau tidak selesa memakan makanan yang digoreng dan berasa tidak selesa apabila orang lain datang ke rumah untuk melawat kerana dia memerlukan rehat yang secukupnya setelah menjalani rawatan disebabkan beliau tidak boleh tidur semasa menjalani rawatan.
  • Oleh itu, beliau perlu berehat apabila sampai di rumah.
  • Beliau berpendapat bahawa dia mengalami perubahan dari segi fizikal dan juga corak makan selepas menerima rawatan.

Apa jenis makanan yang disukai selepas menghadapi kanser? Adakah itu hidangan yang sama dengan ahli keluarga yang lain atau tukang masak secara berasingan?

  • Beliau suka makan.
  • Semasa menghidapi NPC, beliau tidak mempunyai banyak pilihan makanan dan makan semua jenis makanan yang disediakan oleh isterinya.
  • Semasa makan malam, beliau dan keluarganya akan makan bersama-sama dengan hidangan yang sama. Beliau mudah kenyang dan hilang selera makan selepas menerima rawatan

Apakah makanan yang dielakkan semasa mengalami NPC?

  • Walaupun doktor menyatakan bahawa beliau boleh makan semua jenis makanan namun beliau mengelakkan dirinya daripada makan makanan berminyak dan berempah.
  • Beliau sering meminum air apabila mulutnya menjadi kering. Sebelum menghidapi NPC, beliau tidak gemar minum minuman berais.
  • Disebabkan kanser ini, beliau tidak boleh mengambil minuman panas tetapi boleh minum minuman berais untuk membersihkan rongga mulut (oral cavity).

Adakah senaman dilakukan?

  • Sebelum dia menghidapi NCP, dia sering kali berjalan (brisk walk) setiap hari.
  • Tetapi, selepas dia menghidapi NCP dia tidak lagi melakukan sebarang senaman lagi.
Translate »