PEMAKANAN KANSER KEPALA DAN LEHER

 Kumpulan Penyelidikan Pemakanan Kanser Kepala dan Leher

Lempeng Ayam

Lempeng Ayam

Bahan-bahan:

  • 300g dada ayam, diasingkan daging dengan tulangnya, cincang
  • 4 batang daun bawang, dicincang
  • 6 buah berangan air, potong dadu 1cm
  • 1 putih telur, dipukul
  • 2 sudu teh wain Shaoxing (pilihan)
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu kecil minyak masak
  • ½ sudu besar sos tiram
  • 2 sudu teh kicap cair
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Lada putih untuk rasa
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 8 sudu kecil minyak masak, untuk menggoreng

Kaedah Penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan (kecuali minyak masak) dalam mangkuk adunan, kacau dengan teliti.
  2. Panaskan minyak dalam “nonstick pan”
  3. Masukkan satu sudu besar campuran ayam dan gunakan spatula untuk meratakan campuran untuk membentuk pancake.
  4. Guna api kecil, goreng hingga permukaan lempeng ayam menjadi perang keemasan. Terbalikkannya dan terus goreng sehingga perang keemasan.
  5. Ulang langkah-langkah seperti di atas. Angkat dan hidangkan.
Translate »