PEMAKANAN KANSER KEPALA DAN LEHER

 Kumpulan Penyelidikan Pemakanan Kanser Kepala dan Leher

Temu-ramah Doktor

Soal Jawab bersama Dr. Kong Min Han

Dr. Kong Min Han

Apakah masalah yang sering dihadapi apabila berurusan dengan pesakit kanser Kepala dan Leher?

  • Pesakit lambat datang ke klinik untuk menerima rawatan.
  • Hal ini adalah kerana mereka tidak tahu bahawa mereka mempunyai kanser
  • Walaupun mereka mengalami kesakitan, mereka menganggap bahawa sakit itu adalah sakit yang biasa dan tidak mengesyaki bahawa simptom tersebut adalah petanda kanser.

Bagaimana dengan penerimaan pesakit terhadap rawatan dan ubat-ubatan?

  • Pesakit akan patuh pada cadangan doktor untuk menjalani pembedahan sebagai rawatan
  • Namun bagi rawatan kemoterapi dan radioterapi sesetengah pesakit HNC kurang memberi komitmen kepada rawatan tersebut.
  • Hal ini demikian kerana mereka mengalami loya, muntah, berasa lemah dan lain-lain.
  • Maka, sebahagian daripada mereka tidak mampu menahan kesan sampingan ini dan tidak mendapatkan rawatan yang selanjutnya walaupun hanya tinggal beberapa rawatan sahaja yang perlu dijalani.

Adakah HNC mempunyai peringkat? Jika ya, pada peringkat manakah pesakit biasanya datang untuk diagnosis?

  • HNC mempunyai 4 peringkat. Peringkat 1 hingga peringkat 4.
  • Biasanya pesakit berada pada peringkat 3 selepas didiagnos.

Adakah terdapat sebarang interaksi antara makanan dan ubat-ubatan untuk pesakit HNC dan apakah tanda-tanda yang dihadapi oleh pesakit sekiranya interaksi antara ubat – ubatan dan makanan berlaku pada mereka?

  • Tidak ada sebarang interaksi antara ubat-ubatan dan makanan.
  • Tetapi dalam keadaan tertentu, apabila pesakit mengambil gingko, jamu dan supplemen seperti antioksidan dan multivitamin semasa rawatan maka ia akan menyebabkan kesan buruk kepada pesakit sendiri. Hal ini akan mengakibatkan rawatan tidak efektif .
  • Seharusnya, produk ini perlulah diambil selepas rawatan dijalankan bukan semasa rawatan.
  • Zat besi dan vitamin B kompleks boleh diambil oleh pesakit.
  • Oleh kerana pesakit HNC mengalami masalah untuk menelan dan hilang selera makan, jadi pengambilan daging dan ayam yang sedikit boleh menyebabkan pesakit mungkin mengalami anemia.

Adakah sebarang pantang (food taboo) perlu diamalkan oleh pesakit kanser kepala dan leher?

  • Tiada sebarang pantang makanan untuk pesakit HNC tetapi sesetengah pesakit masih mengelakkan makanan tertentu .

Apakah peratusan bagi pesakit HNC untuk terus hidup?

  • Peratusan hidup bergantung kepada peringkat kanser, jenis atau tumor dan juga lokasi tumor.

Adakah kanser tersebut boleh wujud semula?

  • Terdapat kemungkinan bagi pesakit untuk menghadapi kanser berulang atau primary tumor untuk kali kedua.
  • Jika pesakit mengalami kanser yang sama pada lokasi yang sama ia dikenali sebagai kanser berulang. Ini boleh berlaku kerana rawatan yang tidak mencukupi.
  • Jika pesakit mengalami kanser bagi kali kedua di tempat yang berbeza setelah menghadapi kanser, ia dikenali sebagai tumor kedua (second primary tumor).
  • Ini boleh berlaku disebabkan oleh kesan-kesan rawatan kanser yang pertama atau faktor keturunan (genetic).

Adakah bekas pesakit HNC memerlukan rawatan?

  • Bekas pesakit kanser tidak perlu menjalani apa-apa rawatan.
  • Tetapi mereka mesti datang untuk pemeriksaan susulan untuk berjumpa doktor dalam tempoh 5 tahun.
  • Pemeriksaan susulan:
    1. Pada tahun pertama sekali dalam sebulan
    2. Pada tahun kedua sekali dalam setiap 2 bulan,
    3. Pada tahun ketiga sekali dalam setiap 3 bulan
    4. Pada tahun keempat sekali setiap 4 bulan dan
    5. Pada tahun kelima sekali setiap 5 bulan
  • Pemeriksaan susulan ini dilakukan dalam tempoh 5 tahun kerana bekas pesakit kanser berkemungkinan besar untuk mengalami kanser berulang.
  • Dalam masa 5 tahun, jika terdapat kanser berulang , maka ia boleh dikesan dengan lebih awal dan pencegahan awal boleh dilakukan kepada pesakit dan peratusan untuk pulih adalah tinggi.

Apakah kesan sampingan yang dialami oleh bekas pesakit HNC daripada rawatan?

  • Terdapat kesan sampingan rawatan pada bahagian hidung ke leher.
  • Kesan sampingan ini boleh diatasi dengan memberi ubat kepada pesakit.
  • Jika pesakit mengalami masalah untuk menelan dan tidak boleh makan atau menerima makanan pepejal yang keras, enteral feeding (makanan melalui tiub) diberikan kepada mereka.
  • Jika pesakit tidak boleh menerima makanan secara enteral feeding , maka parenteral feeding (IV drip) diberikan kepada mereka.
  • Walau bagaimanapun, pengambilan makanan secara oral atau melalui mulut adalah disyorkan.

Adakah pesakit HNC boleh melakukan senaman?

  • Pesakit HNC boleh menjalankan aktiviti fizikal (senaman) kecuali pesakit yang baru menjalani pembedahan. Hanya sebahagian daripada mereka sahaja yang melakukan senaman.
  • Mereka hanya boleh melakukan senaman ringan seperti kerja rumah dan brisk walk (berjalan) .
  • Bagi pesakit yang mempunyai masalah untuk bersenam, mereka mungkin memerlukan bimbingan daripada ahli fisioterapi.
  • Dengan melakukan senaman, mereka akan berasa lebih baik dan bertenaga.

Selepas pesakit didiagnos, rawatan apakah yang disyorkan untuk pesakit untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit kanser?

  • Rawatan (kemoterapi, radioterapi, preskripsi ubat dan pembedahan) diberikan kepada pesakit bergantung kepada tahap kanser sama ada salah satu rawatan atau kombinasi beberapa rawatan.
  • Selepas pesakit menjalani pembedahan, mereka menjalani radioterapi dengan atau tanpa kemoterapi. Pembedahan dan radioterapi diberikan pada peringkat awal kanser.

Apakah alternatif yang boleh digunakan jika pesakit enggan menjalani rawatan?

  • Pertama, menyampaikan maklumat tentang kanser yang dihadapi oleh pesakit dan membiarkan pesakit membuat pertimbangan mereka sendiri sama ada mereka mahu menerima rawatan atau tidak.
  • Namun, rawatan adalah digalakkan. Jika pesakit masih enggan mengambil rawatan, pesakit boleh mendapatkan pandangan kedua daripada doktor lain.
  • Sesetengah pesakit akan menggunakan perubatan tradisional seperti jamu dan ubat-ubatan tradisional Cina untuk merawat kanser mereka tetapi tidak disarankan oleh pakar perubatan.

Apakah nasihat yang akan diberikan kepada pesakit dan aspek yang perlu difokuskan dan diberi perhatian?

  • Langkah berjaga-jaga; Elakkan merokok, minuman beralkohol, makanan berjeruk (mengandungi nitrosamine), menjaga kebersihan mulut dan gigi serta kebersihan makanan.
Translate »