KONVOKESYEN UKM

 UKM CONVOCATION

Pemakluman Majlis Konvokesyen UKM ke-51 Tahun 2023

Sukacita dimaklumkan, setelah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Canselor UKM, Majlis Konvokesyen UKM ke-51 akan diadakan bagi semua sidang bermula 25 November hingga 30 November 2023.


Sekian, terima kasih.

PENDAFTAR
Universiti Kebangsaan Malaysia
Capaian ke Sistem Konvokesyen UKM akan dibuka pada 6 November 2023 (Isnin), 3.00 petang. Capaian sistem ini hanya melibatkan graduan tahun 2022 dan 2023 untuk kelulusan Senat seperti berikut:

  • Senat ke-492 (21 Disember 2022)

  • Senat ke-493 (25 Januari 2023)

  • Senat ke-494 (24 Februari 2023)

  • Senat ke-495 (29 Mac 2023)

  • Senat ke-496 (13 April 2023)

  • Senat ke-497 (26 Mei 2023)

  • Senat ke-498 (21 Jun 2023)

  • Senat ke-499 (26 Julai 2023)

  • Senat ke-500 (30 Ogos 2023)

  • Senat ke-501 (27 September 2023)

  • Senat ke-502 (25 Oktober 2023)

Pengumuman Terkini Majlis Konvokesyen UKM ke-51 Tahun 2023

PEMAKLUMAN PEMULANGAN JUBAH SELEPAS 6 DISEMBER 2023

Bermula 7 Disember 2023 urusan pemulangan jubah dan topi graduan adalah di Aras G, Pusat Pengurusan Akademik Lingkungan 2, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk di sini
PEMAKLUMAN PENAMATAN E-MEL PELAJAR BAGI GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-51 UKM TAHUN 2023

Dimaklumkan akaun e-mel rasmi ("nomatrik"@siswa.ukm.edu.my) bakal graduan akan dipasifkan bermula 4 Disember 2023.

Sehubungan dengan itu, pelajar dimohon untuk membuat salinan bagi semua dokumen, data atau kalendar yang berkaitan.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi HelpdeskPTM di talian 03-89217070 atau e-melkan kepada helpdeskptm@ukm.edu.my.

Tahniah diucapkan kepada semua bakal graduan Majlis Konvokesyen UKM Ke-51 dan semoga terus kekal cemerlang.
Perhatian kepada semua Graduan. Sesi raptai Majlis Konvokesyen UKM ke-51 dijadualkan akan diadakan pada 23 November 2023 (Khamis), 9.30 pagi bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR).
TEMPAHAN GAMBAR ATAS PENTAS MAJLIS KONVOKESYEN KE-51 UKM TAHUN 2023

1. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah melantik jurugambar rasmi atas pentas dan menyediakan perkhidmatan tempahan gambar pentas bagi Majlis Konvokesyen UKM Ke-51 pada tahun 2023.

2. Sila rujuk maklumat terperinci DI SINI.

Sekian, terima kasih
PERKHIDMATAN JURUGAMBAR STUDIO DI MAJLIS KONVOKESYEN KE-51 UKM PADA TAHUN 2023
  1. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menyediakan perkhidmatan jurugambar studio khas bagi Majlis Konvokesyen UKM Ke-51 pada tahun 2023.

  2. Perincian perkhidmatan jurugambar studio yang disediakan adalah seperti berikut :

    a) Perkhidmatan Jurugambar Studio Utama
        Lokasi : Di padang rumput bersebelahan Panggung Seni,
            Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM
        Tarikh Operasi : 25 November 2023 hingga 30 November 2023

    b) Perkhidmatan Jurugambar Studio Mini
        Lokasi : Dewan Kuliah Utama, Bangunan Tun Fatimah Hashim, UKM
            (Lokasi edaran dan pemulangan jubah akademik graduan)
        Tarikh Operasi : 14 November 2023 hingga 6 Disember 2023

  3. Para graduan yang berminat untuk membuat tempahan sesi fotografi di kedua-dua atau salah satu studio berkenaan ataupun ingin mendapatkan maklumat terperinci berkaitan perkhidmatan jurugambar studio boleh terus hubungi pihak Syarikat ADH Biduanda Resources di talian 0197973842 atau e-mel biduandastudio@gmail.com
PENGUMUMAN DARIPADA PERPUSTAKAAN

Perhatian kepada bakal graduan,

Anda boleh menyemak status hutang yang belum dijelaskan atau buku yang belum dipulangkan di GEMILANG (http://gemilang.ukm.my). Sila rujuk panduan di bawah:

Pautan poster Panduan Kepada Bakal Graduan.

Kegagalan anda menjelaskan hutang atau memulangkan buku akan menyebabkan anda disekat dari menghadiri Konvokesyen dan mendapat transkrip.

Terima Kasih,
Perpustakaan UKM
Jom bakal Alumni UKM! Anda kini boleh mendapatkan Kad Alumni UKM AFFIN. Kad ini merupakan kad debit atau kad kredit dengan pelbagai keistimewaan yang dapat dimanfaatkan oleh pemegang kad serta merupakan sebuah kad identiti anda sebagai alumni UKM.

Tetapkan temu janji anda di pautan berikut: [KAD ALUMNI UKM AFFIN].
Graduan yang berhasrat untuk mengemaskini gambar untuk dipamerkan di atas pentas sewaktu majlis boleh berbuat demikian dengan memuat naik gambar terkini melalui SMPWEB atau SMPE sehingga 27 Oktober 2023. Sila rujuk Panduan Muat Naik Gambar Pelajar.

Gambar yang tidak mengikut spesifikasi dan panduan yang diberikan akan ditolak.
Kemaskini terakhir: 20 November 2023 (Isnin), 10:30 pagi. Maklumat dalam web ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Pautan Sistem dan Web UKM

Promosi Konvokesyen

Penaja & Rakan Strategik Majlis Konvokesyen UKM ke-51, 2023

 

Penaja Platinum

Penaja Emas

Penaja Bersama

Tawaran Istimewa Sempena Majlis Konvokesyen UKM ke-51, 2023