Penyelidikan

Pusat Penyelidikan

Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Pusat ini ditubuhkan pada tahun 2002 dan bertanggungjawab untuk membangunkan sumber warisan asli untuk membina keupayaan Langkawi sebagai peneraju destinasi pelancongan negara. Objektif penubuhan PPL adalah:

1. Untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang pembangunan sumber asli untuk pelancongan. dalam konteks ini, penyelidikan berkenaan penggunaan sumber asli bagi pembangunan pelancongan untuk pembangunan ekopelancongan yang efektif diberikan keutamaan.

2. Untuk menjadi pusat penyelidikan terfokus yang menyerlahkan kajian dasar untuk menyokong pelancongan.

 
Maklumat lanjut:

Prof. Dr. Norhayati Ahmad
Pengerusi, Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)
Tel: (+603) 89214047
Fax: (+603) 89255104
Email: norhayatiahmad@ukm.edu.my

http://www.ukm.my/ppl

……………………………………………………………………………………………………………….

Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI)

Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI) telah ditubuhkan pada 1 Jun 2008 sebagai sebuah pusat penyelidikan di bawah struktur pentadbiran Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM. SEADPRI menjalankan penyelidikan yang bersifat holistik berkaitan bencana meliputi skop wilayah yang global bagi membantu kerajaan dalam membuat keputusan dasar mengenai bencana iklim, bencana geologi dan bencana teknologi serta meningkatkan modal insan dan kemampuan tenaga kerja di peringkat tempatan, negeri, kebangsaan dan antarabangsa, khususnya Asia Tenggara.

Maklumat lanjut:
Prof. Madya Dr. Goh Choo Ta
Pengerusi, Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI)
Tel: (+603) 89214156
Email: gohchoota@ukm.edu.my
http://www.ukm.my/seadpri
……………………………………………………………………………………………………………….

Pusat Penyelidikan Sains dan Governans Kelestarian (SGK)

Pusat ini diwujudkan untuk memfokuskan kepada kajian bersepadu dan transdisiplin berkairan dengan isu kelestarian. Sistem governans yang terdiri daripada polisi, perancangan perundangan dan pengurusan menjadi subjek kajian untuk merealisasikan konsep pembangunan lestari berasaskan input saintifik dan kemanusiaan terutamanya penilaian terhadap perubahan ekosistem fizikal dan kesan aktiviti manusia terhadap ekosistem untuk pengurusan alam sekitar yang lestari. Objektif penubuhan SGK adalah:

1. Untuk menjadi pusat kecemerlangan berkaitan dengan kajian transdisiplin dalam bidang Sains Kelestarian dan Governans

2. Untuk memainkan peranan sebagai pusat kajian polisi, teori dan pengurusan untuk menyokong pembangunan lestari.

3. Untuk menjadi pusat koordinasi untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan, pembangunan keupayaan, jaringan dan pembinaan jangkauan berkaitan dengan sains dan governans kelestarian.

Maklumat lanjut:
Prof. Dr. Muhammad Rizal Razman
Pengerusi, Pusat Penyelidikan Sains dan Governans Kelestarian (SGK)
Tel: (+603) 89217650
Faks: (+603) 89255104
E-mel: mrizal@ukm.edu.my
http://www.ukm.my/sgk

…………………………………………………………………………………………………………………

Pusat Penyelidikan Kelestarian Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial (KASES)

Pusat ini ditubuhkan pada 1 Januari 2006 untuk memberikan tumpuan kepada kajian multidisiplin berkenaan kelestarian alam sekitar, sumber asli, ekonomi dan sosial. Skop kajian pusat ini termasuklah penyelidikan bersepadu dalam integriti alam sekitar dan penggunaan sumber asli secara lestari serta sistem industri yang menyerlahkan kesejahteraan sosial dan integriti alam sekitar (Kelestarian ekonomi dan industri); dan pembangunan pelbagai komuniti sosial berasaskan konsep kelestarian (kesejahteraan sosial dan komuniti) .  Objektif penubuhan KASES adalah:

1. Untuk menjadi pusat kecemerlangan berkaitan dengan kajian multidisiplin dalam bidang alam sekitar, sumber asli, ekonomi dan kelestarian sosial.

2. Untuk menyokong kelestarian alam sekitar dan pembangunan sumber asli negara.

3. Untuk menjadi pusat koordinasi aktiviti penyelidikan dan pembangunan, pembangunan keupayaan, jaringan dan jangkauan berkaitan alam sekitar, sumber asli, ekonomi dan kelestarian sosial. 

Maklumat lanjut:
Dr. Sharina Abdul Halim
Pengerusi, Pusat Penyelidikan Kelestarian Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial (KASES)
Tel: (+603) 89217649
Faks: (+603) 89255104
E-mel: sharinahalim@ukm.edu.my
http://www.ukm.my/kases