LESTARI UKM

 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Profil

Pengenalan

Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1994 sebagai sebuah institut yang menjalankan aktiviti penyelidikan dan latihan dalam bidang multidisiplin di bawah struktur Universiti Kebangsaan Malaysia. Penubuhannya memenuhi aspirasi universiti yang diilhamkan semasa Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1992 mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan (UNCED) yang berlangsung di Rio de Janeiro, Brazil, untuk merealisasikan matlamat pembangunan lestari melalui penyelidikan dan pembangunan keupayaan.

LESTARI ditubuhkan untuk menjalankan penyelidikan menyeluruh dan seimbang berkaitan alam sekitar dan pembangunan serta membantu pihak kerajaan dalam pembentukan dasar. Penubuhan LESTARI juga berfungsi untuk meningkatkan keupayaan sumber manusia melalui latihan kemahiran dan pembangunan pada kalangan pegawai kerajaan, sektor swasta dan masyarakat.

Visi

LESTARI bertekad menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang penyelidikan dan latihan berkaitan alam sekitar dan pembangunan yang terunggul di Malaysia dan disegani di rantau Asia Pasifik.

Misi

1. Sebagai pusat rujukan dalam menangani isu berkaitan kelestarian pembangunan.

2. Sebagai pusat tumpuan menjalankan penyelidikan multidisiplin dan bersepadu dalam bidang alam sekitar dan pembangunan.

3. Sebagai penggerak utama dalam proses mempengaruhi dasar membangunkan keupayaan bagi mencapai hasrat pembangunan lestari.

Logo (.jpg), klik sini
Logo (.png), klik sini

Carta Organisasi (.pdf), klik sini

Translate »