Dialog Langkawi 2016 “Penglibatan Komuniti Demi Kelestarian Langkawi”

dl_1

Anjuran Bersama: Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM dan The Frangipani Resort and Spa

Tarikh: 1 dan 2 November 2016

Dialog Langkawi 2016 berkisarkan tentang penglibatan komuniti demi kelestarian Langkawi telah berlangsung selama dua hari di The Frangipani Langkawi Resort & Spa. Encik Zaini bin Salleh, iaitu selaku Penolong Pegawai Daerah (Bahagian Pembangunan Fizikal) telah memberikan ucapan alu-aluan dan diikuti dengan ucapan pembukaan oleh Prof. Dato’ Dr. Mazlin bin Mokhtar, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan & Inovasi), UKM. Ucaptama bertajuk “Memperkasa Pelancongan Langkawi” telah disampaikan oleh Tuan Ahmad Zaini bin Zaba’ai, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan seterusnya, ucaptama kedua oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, (Pengerusi Asia Pacific Geopark Network) yang bertajuk “Peranan Komuniti Dalam Pembangunan Langkawi UNESCO Global Geopark”. Pada dialog kali ini, lima sesi telah diperbincangkan, antaranya adalah berkaitan kepentingan air, pengurusan sisa, kepentingan tenaga, produk makanan dan tenaga kerja industri pelancongan utama. Kesimpulan dan hasil dialog sepanjang dua hari tersebut dirumuskan oleh Prof. Adj. Anthony Wong Kim Hoi. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Prof. Dato’ Dr. Mazlin bin Mokhtar.

dl_2Encik Zaini bin Salleh, Penolong Pegawai Daerah Langkawi memberikan ucapan aluan.

dl_3Ucapan pembukaan oleh Prof. Dato’ Dr. Mazlin bin Mokhtar, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi).

dl_4Ucaptama oleh Prof Emeritus Dato’Dr. Ibrahim Komoo, Pengerusi, Asia Pacific Geopark Network.

dl_5Sesi dialog keempat bersama Dr. Sharina Abd Halim yang bertajuk “Cara Baru Tambah Pendapatan”.

dl_6Prof. Dato’ Dr. Mazlin bin Mokhtar menyampaikan cenderahati kepada Prof. Adj. Anthony Wong Kim Hooi.

 

Laporan oleh Nor Amilia binti Che My.