LESTARI UKM

 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Keterlibatan Alumni LESTARI


1. Program Santai Rimba

Tarikh                  : 26-28 Oktober 2022

Tempat                : Taman Eko Rimba Ulu Kenas, Perak

Penganjur           : LESTARI UKM, Perbadanan Putrajaya dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak

Alumni LESTARI yang terlibat :

1. Prof. Dr. Rozita binti Hod (merupakan alumni PhD LESTARI bergraduat pada tahun 2018)

2. Nurul Hidayah binti Shamsul Ariffin (merupakan alumni Sarjana LESTARI, bergraduat pada tahun 2015)

Program Santai Rimba merupakan satu program khas yang dibangunkan oleh Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM dengan kerjasama Fakulti Perubatan UKM, Fakulti Sains Kesihatan UKM, Pusat Islam UKM dan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM. Program Santai Rimba dibentuk dengan merujuk kepada aktiviti Terapi Rimba. Terapi Rimba pada asasnya berteraskan kepada tiga konsep utama iaitu psikologi, fizikal dan kerohanian. Aktiviti fizikal di dalam terapi rimba ini melibatkan interaksi dan penggunaan lima pancaindera seseorang individu iaitu lihat, dengar, sentuhan, hidu dan rasa dengan persekitaran ekosistem hutan.

Kali pertama Program Santai Rimba dijalankan adalah pada 26 hingga 28 Oktober 2022 bertempat di Taman Eko Rimba, Hutan Lipur Ulu Kenas, Negeri Perak. Program ini dianjurkan oleh UKM dan USM dan mendapat tajaan dari Bahagian Pembangunan Mampan dan Bahagian Alam Sekitar, Tasik dan Wetland Perbadanan Putrajaya.  Seramai 50 peserta dalam kalangan guru- guru sekolah, wakil jabatan pendidikan, pegawai- pegawai Perbadanan Putrajaya dan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah menyertai program ini. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh fasilitator dari LESTARI UKM, Fakulti Perubatan UKM, Fakulti Sains Kesihatan UKM, Fakulti Pendidikan USM dan Pusat Islam UKM.

Program Santai Rimba ini mempunyai 5 modul utama iaitu

1.      Modul Aktiviti Lima Pancaindera Refleksi Hutan

2.      Modul Kesihatan

3.      Modul Gaya Hidup Dan Pemakanan Sihat

4.      Modul Psikologi dan Motivasi

5.      Modul Kerohanian

Program ini  membantu dalam usaha mengurus tekanan (stress) yang tidak diuruskan dengan baik, dengan menggunakan persekitaran hutan sebagai wadah. Jika tekanan (stress) tidak diurus akan menjadi lebih teruk dan boleh memasuki fasa ‘burnout’.  Keadaan ini juga boleh menjejaskan kualiti kerja dan aktiviti harian serta kualiti hidup. Tambahan itu modul juga dibentuk bagi memperkenalkan ilmu berkaitan alam sekitar terutamanya fungsi ekosistem hutan dan sungai. Begitu juga dengan modul kesihatan, gaya hidup dan pemakanan sihat memberikan peserta pendedahan dan ilmu bagi mengamalkan gaya hidup sihat.

Program ini juga akan memberi pendedahan tentang kemahiran menangani tekanan (stress) daripada perspektif psikologi kaunseling dan kerohanian dengan menggunakan pendekatan interaksi alam. Elemen psikologi, kaunseling dan kerohanian adalah satu bentuk ilmu yang merujuk kepada pemikiran, tingkah laku dan emosi manakala pendekatan alam menjelaskan tentang bagaimana kefungsian diri boleh dirangsang melalui terapi berasaskan sumber persekitaran, dengan merujuk kepada kepentingan Pencipta Alam dan Bumi. Program Santai Rimba direka bentuk untuk keperluan pelbagai umur. Kumpulan sasaran boleh bermula dari pelajar sekolah rendah, kumpulan dewasa sehingga warga emas.

Objektif Program

1.      Memperkenalkan konsep terapi rimba dan perkaitannya dengan kehidupan manusia.

2.      Mempertingkatkan pengetahuan tentang alam sekitar dan memperkasakan amalan dan budaya kepentingan pemuliharaan alam sekitar

3.      Memperkenalkan ilmu dan kaedah kesihatan, gaya hidup dan pemakanan untuk kesejahteraan hidup.

4.      Memberi pendedahan pengetahuan dan kemahiran tentang kaedah menangani tekanan (stress) kerja melalui pendekatan alam dan perspektif psikologi

5.      Menentukan pendekatan yang menyeluruh bagi melestarikan Program Santai Rimba.

6.      Mengenalpasti faktor penting dalam usaha untuk melaksanakan Program Santai Rimba secara menyeluruh

Dato’ Mohamed Zin bin Yusop, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perak bergambar bersama peserta program.

Prof. Dr. Rozita Hod sedang memberikan menyampaikan Modul Kesihatan : Pengurusan Jiwa Tenang Perspektif Perubatan.

  

Nurul Hidayah sebagai pembantu penyelaras Modul Lima Pancaindera Refleksi Hutan yang di ketuai oleh Dato’ Shaharuddin Mohamad Ismail.

Dikemaskini oleh Ku Adriani Ku Ayob


 2. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri LESTARI 2023

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri LESTARI 2023 telah berlangsung dengan meriahnya pada 12 Mei 2023 bertempat di perkarangan pintu masuk bangunan LESTARI UKM. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim diantara semua warga LESTARI termasuk Alumni dan Pelajar LESTARI. Disamping bermaaf-maafan diantara satu sama lain, program ini juga dapat memupuk semangat muhibbah dan kemesraan.

Alumni LESTARI yang hadir :

1. YAS Pj. Dr. Haji Norhafifi bin Haji Ismail, Dekan, School of Leadership & Resilience, ELMU GROUP – ELMU Higher Education Sdn. Bhd. Bekas Timbalan Pesuruhjaya Ketua (Operasi), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Beliau merupakan alumni Doktor Falsafah LESTARI, bergraduat pada tahun 2021.

2. Prof. Madya ChM. Dr. Goh Choo Ta, Pengarah LESTARI. Beliau merupakan alumni Doktor Falsafah LESTARI, bergraduat pada tahun 2011.

3. Prof. Madya Dr. Sharina Abdul Halim, Timbalan Pengarah LESTARI. Beliau merupakan alumni Doktor Falsafah LESTARI, bergraduat pada tahun 2010.

4. Dr. Rospidah Ghazali, Felo LESTARI. Beliau merupakan alumni Sarjana LESTARI, bergraduat pada tahun 2003.

5. Gs. Dr. Nurfashareena Muhammad, Felo LESTARI. Beliau merupakan alumni Doktor Falsafah LESTARI, bergraduat pada tahun 2016.

6. ChM. Dr. Nur Fadhilah binti Mazlan. Beliau merupakan alumni Doktor Falsafah LESTARI, bergraduat pada tahun 2021.

7. Dr. Nor Diana binti Mohd Idris, Felo LESTARI. Beliau merupakan alumni Doktor Falsafah, bergraduat pada tahun 2011.

8. Dr. Lim Chuon Sian, Pegawai Penyelidik Kanan LESTARI. Beliau merupakan alumni Doktor Falsafah LESTARI, bergraduat pada tahun 2017 dan juga merupakan alumni Sarjana LESTARI, bergraduat pada tahun 2004.

9. Encik Mohamad Mahathir Amir Sultan, Pegawai Penyelidik LESTARI. Alumni Sarjana LESTARI, bergraduat pada tahun 2017.

10. Nurul Hidayah binti Shamsul Ariffin, Pembantu Penyelidik LESTARI. Beliau merupakan alumni Sarjana LESTARI, bergraduat pada tahun 2015.

 

     

  

  

Dikemaskini oleh Ku Adriani Ku Ayob


3. Bibliometric Workshop

Tajuk Bengkel : Bibliometric Workshop

Tarikh : 26 – 27 Julai 2023

Tempat : Bilik Kuliah Utama LESTARI UKM

Anjuran : Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI), LESTARI UKM.

Alumni LESTARI yang terlibat:

1. ChM. Dr. Nur Fadhilah Mazlan. Beliau merupakan alumni Doktor Falsafah LESTARI, bergraduat pada tahun 2021.

      


4. Program Eksplorasi Taman Botani Bangi

Tajuk Program : Program Eksplorasi Taman Botani Bangi (TBB)

Tarikh : 28 Ogos 2023

Tempat : Taman Paku Pakis UKM

Anjuran : Kelab Sosial dan Rekreasi (KSR) LESTARI UKM

Alumni LESTARI yang terlibat:

  1. Prof. Madya Dr. Sharina Abdul Halim (Alumni LESTARI bergraduat pada tahun 2010)
  2. Dr. Nor Diana Mohd Idris (Alumni LESTARI bergraduat pada tahun 2011)
  3. Nurul Hidayah Shamsul Ariffin (Alumni LESTARI bergraduat pada tahun 2015)

Program Eksplorasi Taman Botani Bangi (TBB) telah dianjurkan Kelab Sosial dan Rekreasi (KSR) LESTARI UKM pada 28 Ogos 2023 bertempat di Taman Paku Pakis UKM bermula dari jam 8.45 pagi dan berakhir pada jam 11 pagi.

Tujuan program ini diadakan untuk menggalakkan budaya gaya hidup sihat di dalam warga LESTARI, memperkenalkan Taman Botani Bangi UKM kepada warga LESTARI serta menyemarakkan lagi aktiviti kelab.

Aktiviti dimulakan dengan kata aluan daripada Pengerusi Kelab KSR iaitu Prof. Madya Dr. Sharina Abdul Halim dan diikuti dengan penerangan oleh Encik Ruzi, Ketua Pengawai Penyelidik di sepanjang laluan eksplorasi TBB.

Berikut merupakan 25 ahli LESTARI yang terdiri dari akademik, pegawai, pelajar dan alumni yang hadir dalam menjayakan program ini.

Senarai kehadiran:

  1. Prof. Madya Dr. Sharina Abdul Halim
  2. Dr. Nor Diana Mohd Idris
  3. Dr. Nuriah Abd. Majid
  4. Dr. Aziemah Zulkifli
  5. Dr. Aida Soraya Shamsuddin
  6. Dato’ Shaharuddin Mohamad Ismail
  7. Dr. Deivaseeno Dorairaj
  8. Nur Amira Ahmad
  9. Wan Daraputri Razali
  10. Mohd Fairus Awang
  11. Bisharuzi Omar
  12. Nazren Leman
  13. Noor Shafirah Ramli
  14. Nurul Azila Roslan@Hj Abd Aziz
  15. Rd. Puteri Khairani Khirotdin
  16. Ku Adriani Ku Ayob
  17. Fazidah Baharin
  18. Sarah Najwa Mohd Masri
  19. Nurul Hidayah Shamsul Ariffin
  20. Mohd Redzuan Zukifly
  21. Norazmi Abdul Kadir
  22. Dr. Mohd Faid Abdul Rahman
  23. Mohd Fuad Tepit


5. Penjelajahan Geopark: Menyelami Ekosistem Kita

Tajuk Program : Penjelajahan Geopark: Menyelami Ekosistem Kita

Tarikh : 21 – 23 September 2023

Tempat : Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Langkawi, Kedah

Anjuran : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM

Alumni LESTARI yang terlibat:

  1. Prof. Madya Dr. Sharina Abdul Halim (Alumni LESTARI bergraduat pada tahun 2010)
  2. Prof. Madya Dr. Tanot Unjah (Alumni LESTARI bergraduat pada tahun 2011)
  3. Nurul Hidayah Shamsul Ariffin (Alumni LESTARI bergraduat pada tahun 2015)
  4. Gs. Dr. Nurfashareena Muhammad (Alumni LESTARI, bergraduat pada tahun 2016)

Pada tanggal 21-23 September 2023, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM dengan jayanya dan buat julung kalinya telah menganjurkan Kem Ekologi IKIM-LESTARI 2023 selama 3 hari, bertempat di Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Langkawi, Kedah. Bertemakan “Penjelajahan Geopark: Menyelami Ekosistem Kita”, kem ini dijalankan dengan kolaborasi erat bersama PPL-ALAF UKM dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bertujuan bagi memberi pendedahan secara langsung kepada para peserta berkaitan aspek ekologi khususnya melalui pemahaman konsep, teori dan aplikasi ekologi yang baik menerusi aktiviti-aktiviti secara praktikal yang diketengahkan di dalam kem ini. Program ini terlebih dahulu telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil selaku Ketua Pengarah IKIM sambil turut dihadiri oleh Dr. Nor Azaruddin Husni Hj. Nuruddin, Pengarah Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS), IKIM; Encik Malik Hassan, Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah; dan Encik Yusof Nayan, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra, Langkawi, Kedah.

Sekitar 60 orang peserta telah mengambil bahagian dalam kem ekologi bagi edisi yang pertama ini, terdiri daripada 30 orang pelajar Tingkatan 4 dan wakil guru-guru daripada SMK Tunku Putra; sekretariat daripada KIAS dan Unit Program & Latihan, IKIM; renjer-renjer Geopark daripada LADA; serta para penceramah dan pihak urusetia daripada LESTARI dan PPL-ALAF, UKM. Sejumlah 6 buah modul pembelajaran telah disampaikan kepada para pelajar pada hari pertama, dimulakan oleh Puan Rosmidzatul Azila Mat Yamin (Modul 1: Islam dan Pengurusan Ekosistem); diikuti dengan Prof. Madya Dr. Tanot Unjah (Modul 2: Geopark); Dato’ Shaharuddin Mohamad Ismail (Modul 3: Penjelajahan Ekosistem Hutan Tropika); Encik Nik Mohd Noor Faizul Md Saad (Modul 4: Air, Sungai dan Manusia); Prof. Madya Dr. Sharina Abdul Halim (Modul 5: Penyertaan Komuniti dalam Pemuliharaan Warisan); dan diakhiri dengan Dr. Nurfashareena Muhamad (Modul 6: Bencana dan Alam Sekitar).

Pada hari kedua pula, para pelajar dan peserta berkesempatan menjalankan aktiviti Modul Lapangan 1: Renjer Rimba dan Modul Lapangan 2: Doktor Sungai di sekitar kawasan Telaga Tujuh, Machinchang Cambrian Geoforest Park bagi mempelajari teknik-teknik pengecaman pelbagai spesies tumbuhan hutan dan penentuan kualiti air berdasarkan penunjuk biologi. Di sebelah petangnya pula, aktiviti lapangan diteruskan lagi kali ini di Kilim Karst Geoforest Park yang telah diuruskan sepenuhnya oleh pihak LADA selama lebih kurang 3 jam. Para pelajar dan peserta terlebih dahulu berkunjung ke Langkawi UNESCO Global Geopark Discovery Centre (GDC) di mana penerangan terperinci berkaitan warisan tabii dan budaya di Langkawi Geopark turut diberikan oleh pemandu pelancong tempatan iaitu Encik Othman Ayeb dan Encik Muzaffar Zoher, Pegawai Geopark LADA. Seterusnya kesemua peserta dibawa menaiki bot bagi mengenali beberapa tapak-tapak penting di Kilim yang mempamerkan keindahan ekosistem bakau dan pelbagai keunikan batuan geologi dan spesies-spesies biologi antaranya seperti di Gua Kelawar dan Pulau Anak Tikus. Pada masa yang sama, para pelajar turut ditugaskan untuk menjalankan sedikit aktiviti lapangan bagi Modul Lapangan 3: Pengawas Risiko, Modul Lapangan 4: Detektif Fosil dan juga Modul Lapangan 5: Kita Khalifah, Penjaga Bumi di tapak-tapak yang dilawati.

Kem ini diteruskan dengan Sesi Refleksi oleh para pelajar pada hari terakhir program bagi berkongsi pengalaman dan ilmu ekologi yang dipelajari oleh mereka sepanjang kem ini berlangsung. Perkongsian refleksi ini dilakukan dalam pelbagai bentuk dan medium kreativiti oleh 5 kumpulan pelajar antaranya melalui persembahan drama, sajak, pantun dan sebagainya. Kem Ekologi IKIM-LESTARI 2023 diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada para pelajar, guru dan pihak urusetia yang telah banyak membantu menjayakan program ini. Syabas diucapkan kepada semua dan sehingga bertemu lagi di dalam edisi yang seterusnya.

Laporan oleh Nazren Leman


Laporan Aktiviti Alumni disediakan oleh Ku Adriani Ku Ayob.

Tarikh kemaskini 7/12/2023

Translate »