Tahniah – Dr. Ahmad Aldrie Amir, LESTARI

Surat pelantikan Dr Aldrie_Page_1

Sekalung tahniah diucapkan kepada Dr. Ahmad Aldrie Amir, Felo Penyelidik Kanan dari Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM di atas pelantikan sebagai Ketua Kumpulan Pakar Sumber Biodiversiti, Jawatankuasa Kerja Penyelidikan dan Inovasi (JKKPI) oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di bawah Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim (MTHPI), bermula dari November 2015 ini.

Semoga tuan berterusan dikurniakan semangat dan iltizam dalam memberi sumbangan kepakaran dan seterusnya mengharumkan lagi nama LESTARI dan UKM di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Syabas.

Laporan oleh Nazren Leman.