Unit Perkhidmatan dan Sokongan OKU (UPS-OKU) ditubuhkan untuk menjadi wadah pemerkasaan OKU di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mencapai tahap perkhidmatan dan persekitaran yang cemerlang di persada antarabangsa. Unit ini bertanggungjawab menyediakan sistem sokongan mengikut ketidakupayaan individu yang terdiri daripada golongan pelajar, staf dan pelawat OKU di UKM. UKM bercita – cita dalam memperkasakan golongan OKU dan akan komited memperkukuhkan hak golongan ini.

Unit ini ditubuhkan pada 12 Disember 2019 di bawah Jabatan Pendaftar dengan penyeliaan penuh oleh Naib Canselor UKM. UKM mempunyai 23 orang staf OKU yang terdiri daripada Staf Akademik, Pengurusan &Profesional dan Pelaksana manakala bilangan pelajar OKU yang masih aktif pengajian di UKM adalah seramai 49 orang.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Tel : 03-8921 5121/4694
Emel : upsoku@ukm.edu.my