1. Apakah langkah seterusnya yang perlu saya buat sekiranya permohonan taraf berpencen saya telah diluluskan?
  2. Langkah seterusnya ialah pemohon boleh menyemak dalam SMK peribadi masing-masing status caruman telah bertukar dari KWSP ke skim pencen. Carruman KWSP diberhentikan mulai dari tarikh masuk ke skim pencen dan sekiranya pemohon berhasrat untuk mengeluarkan caruman KWSP, pemohon boleh merujuk kepada KWSP.

  3. Apakah syarat-syarat untuk membuat permohonan taraf berpencen?
  4. Antara syarat kelayakan yang perlu untuk membuat permohonan taraf berpencen ialah:
        • Lantikan tetap;
        • Penama haruslah pekerja yang telah disahkan dalam jawatannya;
        • Menolak untuk tidak memilih opsyen KWSP; dan
        • genapnya tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh dimasukira.
  5. Bagaimanakah urusan pemberian taraf berpencen bagi staf yang telah diluluskan pemberian taraf berpencen dengan majikan terdahulu?
  6. Bagi staf yang pernah diberi taraf berpencen di tempat lama, permohonan boleh dikemukakan ke JPA sebaik sahaja telah memilih opsyen sebaik sah jawatan.

  7. Apakah cara-cara untuk saya membuat permohonan pemberian taraf berpencen?
  8. Pihak BSM akan memyemak syarat dan kelayakan yang diperlukan bagi permohonan tersebut sebelum mengemukakan borang permohonan taraf berpencen kepada staf yang layak dan seterusnya menghantar permohonan tersebut ke JPA.

  9. Bagaimanakah untuk saya mengetahui status permohonan pemberian taraf berpencen saya?
  10. Pemohon boleh menyemak dan mendapatkan surat kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam melalui laman web semakan Pemberian Taraf Berpencen di apps.jpapencen.gov.my sebulan atau dua bulan selepas permohonan dikemukakan kepada pihak JPA.

  11. Berapa lamakah tempoh proses pertukaran caruman KWSP ke skim pencen?
  12. Tempoh proses pertukaran tersebut mengambil masa antara 2 hingga 3 bulan selepas permohonan dikemukakan ke JPA.

  13. Adakah penjawat awam yang telah memilih caruman KWSP boleh bertukar kepada skim pencen?
  14. Tidak boleh, ia kerana berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia, Ceraian PP 1.1.2, pemilihan osyen yang dipilih adalah muktamad apabila ia berkuat kuasa pada tarikh pengesahan dalam perkhidmatan anggota.

  15. Pegawai telah mengambil cuti tanpa gaji dalam tempoh percubaan (1-3 tahun). Adakah tempoh tersebut diambil kira untuk tujuan pemberian taraf berpencen?
  16. Tidak diambil kira kerana Cuti Tanpa Gaji bukan termasuk di dalam tempoh perkhidmatan untuk tujuan pemberian taraf berpencen.

  17. Saya pernah berkhidmat di universiti awam selain dari UKM sebelum ini (1998-2020) dan telah mempunyai skim pencen di universiti tersebut. Bolehkah saya terus dimasukkan ke skim pencen di UKM sekiranya saya berkhidmat di UKM pada 15/1/2020?
  18. Tidak, ia kerana pihak berkuasa yang meluluskan pemberian taraf berpencen adalah berlainan dan pemohon perlu memohon semula pemberian taraf berpencen di UKM.

  19. Adakah tarikh pemberian taraf berpencen dengan majikan lama sama dengan tarikh majikan baru (UKM)?
  20. Tidak, ia kerana berdasarkan Perintah Am Bab A, Peraturan-peraturan pegawai awam, (pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmatan) 2012 mana-mana pegawai yang dilantik ke jawatan baru dan di bawah Pihak Kuasa Melantik yang lain perlu mendapatkan taraf berpencen yang baru.

Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia