Latar Belakang Tadbir Urus

  • LPU merupakan Pihak Berkuasa Tertinggi Universiti yang berperanan sebagai badan dalam melaksanakan perubahan dan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan memberikan sokongan dan panduan yang jelas kepada pengurusan Universiti dalam menentukan hala tuju universiti disamping menyampaikan dan mengekalkan misi universiti; dan

  • Pengurusan Lembaga Pengarah Universiti (LPU) diuruskan oleh Unit Governan, Pejabat Pendaftar, Jabatan Pendaftar dengan berperanan sebagai keurusetiaan bagi setiap urusan pelantikan ahli, mesyuarat, pembayaran elaun, kemudahan dan sebagainya dengan seliaan oleh Pendaftar.

Asas Penyediaan Tadbir Urus

  1. LPU ditubuhkan berdasarkan Perlembagaan UKM, Bahagian III (Pihak Berkuasa Universiti), Perkara 17 – Lembaga Pengarah. Perkara ini memaklumkan bahawa Lembaga Pengarah hendaklah terdiri daripada:
      i. Pengerusi;
      ii. Naib Canselor;
      iii. dua (2) orang pegawai daripada perkhidmatan awam;
      iv. seorang yang mewakili masyarakat di tempat terletaknya Universiti itu;
      v. seorang Profesor Universiti yang dipilih oleh Senat;
      vi. lima (5) orang yang terdiri daripada:
        a. tiga (3) orang daripada sektor swasta;
        b. seorang (1) daripada alumni universiti; dan
        c. seorang (1) yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang boleh membantu lembaga.

  2. Timbalan Naib Canselor, Pendaftar, Bendahari dan Penasihat Undang-Undang adalah menjadi ex-officio Lembaga tetapi tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat Lembaga;

  3. Pelantikan LPU hendaklah dibuat oleh Menteri bagi tempoh tiga (3) tahun dan apabila habis tempoh itu ahli LPU itu layak dilantik semula; dan

  4. 2.4 Pendaftar adalah menjadi Setiausaha bagi Mesyuarat LPU seperti pada Perkara 18(3) Perlembagaan UKM.

Institusi Tadbir Urus

Peranan dan Fungsi LPU adalah:
  1. Menjadi badan yang mengelola, membuat dasar dan mengawasi Universiti. Lembaga berfungsi berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan UKM dalam menentukan sebarang dasar Universiti mencakupi aspek kewangan, sumber manusia, penyelidikan, pembangunan, pengurniaan ijazah, pelaburan dan pelantikan;

  2. Mengadakan perancangan yang strategik yang bercirikan pendidikan dan misi universiti;

  3. Menggalakkan pengurusan yang cekap dan berkesan dan mengadakan kajian semula yang menyeluruh mengenai operasi Universiti;

  4. Membangunkan hubungan dengan masyarakat, sektor korporat dan industri;

  5. Memupuk hubungan global dan keantarabangsaan berhubung dengan pelajaran tinggi dan penyelidikan; dan

  6. Memastikan pelaksanaan perlembagaan, undang-undang dan dasar universiti dan untuk memastikan bahawa setiap pihak berkuasa, jawatankuasa atau pegawai bertindak menurut kuasanya dan bidang tugasnya.

Senarai Majlis/Jawatankuasa bawah LPU

LPU boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang didapatinya perlu atau bermanfaat serta membantunya dalam melaksanakan fungsinya. Senarai Majlis/Jawatankuasa di bawah kuasa Lembaga Pengarah adalah seperti berikut: