ROSH-UKM

 SELAMAT BERKERJA DAN BEKERJA DENGAN SELAMAT

LARIAN HIJAU UKM 2017

LARIAN HIJAU UKM 2017

Peserta Larian Hijau UKM 2017 akan mengelilingi Kampus Hijau UKM sejauh 6 km.

Peserta akan didedahkan dengan inisiatif hijau yang dijalankan oleh kerajaan dengan memberikan pendedahan tentang bagaimana cara untuk melakukan kitar semula dan pengurangan penggunaan tenaga.

Peserta juga akan dibawa untuk menikmati aktiviti yang bersifat lestari dengan menjadikan dua lokasi utama iaitu di Taman Paku Pakis UKM dan Pusat Kitar Semula UKM sebagai stesen larian.

Larian Hijau UKM 2017 mengandungi elemen kelestarian seperti berikut :
1. Mengambil gambar swafoto dan memuatnaik di laman sosial instagram dengan menggunakan semua hastag berikut :

  • #LarianHijauUKM2017
  • #UKMKampusLestari
  • #M3KUKM2017
  • #sayangUKM
  • #UKM47Tahun
  1. Stesen 1 : Mempromosikan Taman Paku Pakis UKM
  2. Stesen 2 : Memperkenalkan elemen bangunan hijau Pusat Kitar Semula
  3. Laluan Larian Hijau UKM 2017

*Gambar ini akan diadili oleh panel pada jam 8.30 – 9.00 pagi berdasarkan kepada gambar yang unik dan mengikut tema yang ditetapkan. Keputusan panel adalah muktamad.

2. Mengumpulkan daun kering sepanjang laluan larian dalam bekas yang disediakan sebagai bahan penghasilan baja kompos

YURAN & KAEDAH PEMBAYARAN

Bayaran Yuran Penyertaan Kepada :

Nama Bank : CIMB
Nombor Akaun : 98945111900000
Nama Benefisiari : Universiti Kebangsaan Malaysia

Salinan bayaran perlu diemailkan kepada :
m3k2017@ukm.edu.my

PENDAFTARAN PESERTA

PENDAFTARAN PESERTA UNTUK LARIAN HIJAU UKM 2017 TELAH DITUTUP. TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA TERHADAP PROGRAM INI.

SYARAT PENYERTAAN

  1. Mengisi borang penyertaan secara dalam talian.
  2. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM40 (RM Empat Puluh Sahaja) seorang dan bayaran perlu dibuat kepada :
    Nama Bank : CIMB
    Nombor Akaun : 98945111900000
    Nama Benefisiari : Universiti Kebangsaan Malaysia
    *dengan rujukan “LH UKM 2017” dan nama peserta.
    Contoh : LH UKM 2017 - Hana
  3. Sila kemukakan slip pembayaran ke m3k2017@ukm.edu.my bagi pengesahan penyertaan selewat-lewatnya pukul 5.00 petang pada 15 September 2017
  4. Tiada pemulangan bayaran sekiranya tidak mengambil kit larian dan kegagalan menyertai larian.
  5. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 September 2017 selewat-lewatnya jam 5.00 petang.
  6. Kit larian boleh diambil di Dataran Dewan Gemilang pada :
    6 Oktober 2017 (Jumaat) pada 3.00 petang – 9.00 malam.
    7 Oktober 2017 (Sabtu) pada 6.30 pagi – 7.00 pagi.
  7. Bib (nombor larian) hendaklah dipakai semasa larian dijalankan.
  8. Jarak larian sejauh 6 km di dalam Kampus UKM Bangi.
  9. Larian akan bermula jam 7.30 pagi.
  10. Peserta diminta memakai t-shirt dan bib yang disediakan penganjur. Pingat hanya diberikan kepada peserta yang tamat larian beserta bib.
  11. Taklimat peraturan larian akan diberi pada hari larian.
  12. Penyertaan terbuka kepada semua yang berminat. Peserta di bawah 18 tahun hendaklah mendapatkan kebenaran ibu bapa/ penjaga
  13. Penganjur berhak mengubah tarikh, tempat atau membatalkan acara pada bila-bila masa tanpa sebarang notis kepada peserta sekiranya berlaku sebarang perkara di luar kawalan.
  14. Peserta bertanggungjawab mendapatkan sebarang maklumat terkini berkaitan dengan acara.
  15. Walau bagaimanapun penganjur akan mengambil langkah memaklumkan kepada peserta sebarang maklumat terkini melalui laman web www.ukm.my/rosh.
  16. Penganjur tidak bertanggungjawab di atas sebarang isu yang timbul atas perubahan yang berlaku.
  17. Penganjur berhak meminda laluan larian yang dianggap selamat kepada peserta bagi tujuan mengelak sebarang halangan atau kejadian ketika acara berlangsung pada bila-bila masa tanpa notis kepada peserta.

Maklumat lanjut boleh berhubung di :
Pusat Pengurusan Risiko, Kelestarian & Kesihatan Pekerjaan (ROSH-UKM)
Universiti Kebangsaan Malaysia
No. tel : 03 8921 4350

Pegawai dihubungi :
En. Mohd. Hanafy Gausmian - 03 8921 4577
Cik Suhaida Abd Rahman - 03 8911 8389
Pn. Siti Nora Mhd Isa - 03 8921 3327
Cik Maizah Mohamed Yatim - 03 8921 3336
Pn. Nur Amirah Ameruddin - 03 8921 4268

PETA LARIAN HIJAU UKM 2017