ROSH-UKM

 SELAMAT BERKERJA DAN BEKERJA DENGAN SELAMAT

Tindakan Pegawai Insiden

Tindakan Sekiranya Loceng Penggera Berbunyi Berterusan:

  1. Mengenalpasti Lampu Yang Menyala pada panel kawalan:
  • MERAH – Penggera (alarm): salah satu alat pengesan kebakaran telah diaktifkan sama ada pengesan asap, haba atau alat pecah kaca
  • OREN – Sesar (fault): loceng berbunyi kerana kesilapan penggera (bukan sebab kecemasan).
  1. Menyemak pelan lantai/mimik pada zon mana lampu yang menyala?
  2. Mengenalpasti apa yang terbakar.
  3. Mengesahkan bunyi penggera.
  4. Menghubungi Pusat Kawalan Keselamatan UKM (03-8921 4444) dan Jab. Bomba & Penyelamat (03-8925 4444 – Bandar Baru Bangi / 999) sekiranya berlaku kebakaran.
  5. Menghubungi Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan (8921 5050) jika penggera berbunyi bukan sebab kecemasan.

Peranan Pegawai Insiden Semasa Kecemasan/ Kebakaran:

  1. Kenalpasti lokasi kebakaran
  2. Aktifkan loceng kecemasan kebakaran dengan memecahkan alat pecah kaca (Break Glass).
  3. Menelefon :
    Pusat Kawalan Keselamatan UKM Kampus Bangi: 03 – 8921 4444
    Pusat Kawalan Kampus Kuala Lumpur: 03 – 9289 5395
    Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia: 999
    Ketua Jabatan/Bahagian masing-masing.
  4. Maklumkan kepada semua penghuni supaya keluar dari bangunan mengikut jalan yang selamat dan terdekat serta berkumpul di tempat yang telah dikenalpasti (tempat berkumpul).
  5. Pastikan semua penghuni telah keluar dari bangunan dengan membuat pemeriksaan kesemua bilik.
  6. Cuba padamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api yang sedia ada sekiranya keadaan mengizinkan iaitu tahu menggunakan alat pemadam api dan keadaan tidak membahayakan.
  7. Pergi ke tempat berkumpul dan lakukan panggilan baris untuk pastikan semua penghuni telah keluar dari bangunan.
  8. Maklumkan kepada *Ketua Operasi Kebakaran bilangan penghuni di bawah pengawasannya.

(* Nota: Ketua Operasi Kebakaran merupakan Pasukan Unit Bantu Mula Bahagian Keselamatan atau Pasukan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia bergantung kepada pasukan penyelamat yang tiba dahulu di tempat kejadian)

Tindakan Selepas Berlaku Kebakaran;

  1. Melaporkan kejadian di dalam Sistem Pelaporan Kemalangan (SPKem) dalam tempoh 24 jam.
  2. Membuat anggaran kasar kos kerosakan bangunan dan peralatan beserta gambar kerosakan dalam tempoh 24 jam serta maklumkan kepada Unit Aset, Jabatan Bendahari.
  3. Membuat permohonan dalam tempoh 5 hari bekerja kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk menjalankan penyiasatan bagi mendapatkan Laporan Bomba.
  4. Membantu menjalankan penyiasatan.
  5. Menyerahkan dokumen Laporan Polis dan Bomba dalam tempoh 14 hari bekerja kepada Unit Aset, Jabatan Bendahari untuk urusan tuntutan insurans.