ROSH-UKM

 SELAMAT BERKERJA DAN BEKERJA DENGAN SELAMAT

Bahagian Pengurusan Risiko

PERANAN

Memberi khidmat sokongan pelaksanaan pengurusan risiko dalam memastikan penerimaan perlaksanaan kerangka pengurusan risiko di PTJ seperti memastikan taklimat kepada pihak bertanggungjawab di PTJ dan universiti dilakukan. Ia juga bertanggungjawab dalam membangunkan sistem perlaporan, alat dan borang bagi pelaksanaan pengurusan risiko universiti.

BIDANG TUGAS

1. MEMBANGUNAN POLISI PENGURUSAN RISIKO

  • Membangun, menyemak dan mengemaskini Polisi Pengurusan Risiko Universiti dari semasa ke semasa.
  • Membangunkan Prosedur Pengurusan Risiko SPKP

2. MENJALANKAN PENGURUSAN PENILAIAN RISIKO AKTIVITI TAK BERJADUAL

  • Menyediakan laporan penilaian setiap projek PTj / Penilaian Risiko tak berjadual yang memerlukan penilaian risiko untuk di majukan kepada pihak pengurusan tertinggi.
  • Memberikan khidmat perundingan dan pandangan dalam kontrak serta tender dan pelaburan universiti.

3. PELAN DAFTAR RISIKO

  • Menyediakan format Pelan Daftar Risiko yang digunakan PTJ bagi pelaporan risiko di PTJ
  • Mengemaskini dan menyemak Pelan Daftar Risiko keseluruhan untuk pelaporan di peringkat universiti.

4. URUS SETIA KEPADA PENGURUSAN RISIKO PTJ

  • Mengemaskini dan menguruskan pelantikan Pegawai Risiko PTJ
  • Menguruskan aktiviti latihan, bengkel dan pendedahan berkaitan pengurusan risiko kepada pengurusan, Pegawai Risiko dan warga UKM serta menyelia aktiviti pelaksanaan pengurusan oleh setiap PTJ.
  • Khidmat perundingan
  • Membantu Pegawai Risiko PTJ dan PTj yang terlibat untuk menjalankan penilaian risiko selaras ISO 31000: 2009 (projek) dan ISO 9001: 2015 (SPKP & SPK PPPS)

5. SEKRETARIAT JAWATANKUASA PENGURUSAN RISIKO UKM

  • Menyelaras Mesyuarat JK Pengurusan Risiko UKM (2 kali setahun)
  • Mengambil tindakan di atas keputusan mesyuarat

6. SEKRETARIAT JAWATANKUASA SEMAKAN POLISI TAKAFUL (UKM)

  • Menyelaras Mesyuarat JK Semakan Polisi Takaful
  • Mengambil tindakan di atas keputusan mesyuarat