Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Fakulti (JKKP-Pusat Perkhidmatan)

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pusat Perkhidmatan (JKKP-Pusat) bertanggungjawab dalam hal pengawasan keselamatan di pusat perkhidmatan dan pelaksanaan dasar keselamatan Universiti. JKKP-Pusat juga perlu membantu Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UKM (JKKP-UKM) dalam melaksanakan fungsi-fungsi berkaitan keselamatan, kesihatan dan kegiatan lain untuk menggalakkan dan memastikan kakitangan berada dalam keadaan selamat dan sihat. Jawatankuasa ini dianggotai oleh:

  1. Pengarah/ Timbalan Pengarah (Pengerusi)
  2. Ketua Pentadbiran (Setiausaha)
  3. Perwakilan mestilah ahli Mesyuarat Pengurusan Pusat yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan atau unit (Wakil Pengurusan)
  4. Perwakilan meliputi wakil Pegawai Insiden yang mewakili pentadbiran/ unit (Wakil Pekerja)