Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP-Kolej Kediaman)

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kolej Kediaman (JKKP-Kolej) bertanggungjawab dalam hal pengawasan keselamatan di kolej dan pelaksanaan dasar keselamatan Universiti. JKKP-Kolej juga perlu membantu Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UKM (JKKP-UKM) dalam melaksanakan fungsi-fungsi berkaitan keselamatan, kesihatan dan kegiatan lain untuk menggalakkan dan memastikan pelajar berada dalam keadaan selamat dan sihat. Jawatankuasa ini dianggotai oleh:

  1. Pengetua Kolej (Pengerusi)
  2. Ketua Pentadbiran (Setiausaha)
  3. Perwakilan meliputi ahli pengurusan kolej (Wakil Pengurusan)
  4. Perwakilan meliputi kakitangan, felo penghuni, Majlis Eksekutif Pelajar, dan pegawai insiden yang mewakili Blok (Wakil Pekerja)