ROSH-UKM

 SELAMAT BERKERJA DAN BEKERJA DENGAN SELAMAT

TOR Ahli JKKP PTj

TERM OF REFERENCES (TOR)

AHLI JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

 

PELANTIKAN AHLI JKKP-FAKULTI / BAHAGIAN / INSTITUT / KOLEJ

Pelantikan ahli JKKP-PTJ dibuat oleh pihak pengurusan PTJ setelah diputuskan dalam Mesyuarat Pengurusan. Tempoh pelantikan 2 tahun.

 

PERANAN AHLI JKKP-FAKULTI / BAHAGIAN / INSTITUT / KOLEJ

(Merujuk Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatandan Kesihatan) 1996.

i. Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang diadakan tidak
kurang daripada tiga bulan sekali. (Per 21).

ii. Keahlian boleh dilucutkan sekiranya ahli tidak hadir sebanyak 3 kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi. (Per. 10(a))

iii. Membantu dalam pembuatan kaedah keselamatan dan kesihatan dan sistem kerja selamat (Per.11(a)).

iv. Membantu dalam mengadakan apa-apa kegiatan untuk menggalakkan penjalanan kerja yang selamat di tempat kerja. (Per. 18)

v. Menjalankan kajian tentang trend kemalangan (Per. 11(c)).

vi. Memeriksa tempat kerja sekurang-kurangnya 3 bulan sekali untuk menentukan jika terdapat apa-apa yang memudaratkan keselamatan dan kesihatan (Per. 12(a)).

vii. Membincangkan dengan seberapa segera yang praktik, pemerhatian anggota jawatankuasa yang dibuat semasa pemeriksaan tempat kerja (Per. 12(b)).

viii. Membuat cadangan langkah pemulihan yang perlu diambil (Per. 12(c)).

ix. Bermesyuarat seberapa kerap yang perlu setara dengan risiko yang menyertai jenis kerja di tempat kerja tetapi hendaklah bermesyuarat tidak kurang daripada tiga bulan sekali. (Per 21).

x. Hanya membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan ditempat kerja (Per. 26)

xi. Mengambil tindakan minit mesyuarat JKKP (Per. 27)

xii. Tempoh pelantikan ahli jawatankuasa selama 2 tahun.

 

 

CADANGAN AGENDA MESYUARAT

JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

 

MESYUARAT SULUNG
(Merujuk Per. 23: Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa
Keselamatan Dan Kesihatan)

1. Aluan Pengerusi

2. Pelan dan cadangan untuk mewujudkan suatu keadaan bekerja yang selamat dan sihat di tempatkerja (menyemak prosedur yang sedia ada)

3. Laporan wakil-wakil

a. Laporan kemalangan

b. Laporan aktiviti

c. Hal-hal lain

4. Hal-hal lain

 

Muat Turun TOR Ahli JKKP