ROSH-UKM

 SELAMAT BERKERJA DAN BEKERJA DENGAN SELAMAT

Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UKM

Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UKM (JKKP-UKM) merupakan jawatankuasa yang ditubuhkan bagi mematuhi Peraturan - Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996. JKKP-UKM mula ditubuhkan pada tahun 1997. Bermula Jun 2022,  keahlian JKKP-UKM adalah seperti berikut :

  1. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) ( Pengerusi)
  2. Pengarah ROSH-UKM ( Setiausaha)
  3. Perwakilan mestilah ahli mesyuarat pengurusan Fakulti yang terdiri daripada Dekan Fakulti, Pengarah Institut, Pengetua Kolej Kediaman, Jawatankuasa Keinstitusian Biokeselamatan & Biosekuriti dan Unit Perkhidmatan & Sokongan OKU (Wakil Majikan)
  4. Perwakilan meliputi wakil PERTADI UKM, PKAUKM, KESUKMA, PAKAT dan Kesatuan Mahasiswa UKM (Wakil Pekerja)