ROSH-UKM

 SELAMAT BERKERJA DAN BEKERJA DENGAN SELAMAT

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Fakulti (JKKP-Institut)

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Fakulti (JKKP-Institut) adalah bertugas sebagai badan penasihat kepada Dekan/Pengarah dalam hal pengawasan keselamatan di fakulti dan pelaksanaan dasar keselamatan Universiti. JKKP-Institut ini juga perlu membantu Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UKM (JKKP-UKM) dalam melaksanakan fungsi-fungsi berkaitan keselamatan dan kesihatan dan kegiatan lain untuk menggalakkan dan mematuhi perjalanan kerja yang selamat dan sihat. Jawatankuasa ini dianggotai oleh:

  1. Pengarah/ Timbalan Pengarah (Pengerusi)
  2. Pegawai P&P Gred 41 Dan Keatas ( Setiausaha)
  3. Perwakilan mestilah ahli mesyuarat pengurusan Fakulti yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan (Wakil Pengurusan)
  4. Perwakilan meliputi wakil persatuan, kumpulan pelaksana, pegawai insisden yang mewakili pentadbiran, ahli akademik, makmal, bengkel dan klinikal (Wakil Pekerja)