ROSH-UKM

 SELAMAT BERKERJA DAN BEKERJA DENGAN SELAMAT

Pegawai Risiko PTJ

Pengenalan Pegawai Risiko PTJ :

Pegawai Risiko dilantik dalam kalangan Pengurusan Dan Profesional yang terdiri daripada kakitangan Universiti yang bergred 41 dan ke atas. Pelantikan Pegawai Risiko di peringkat PTj dilakukan oleh Naib Canselor Universiti setelah menerima nama pegawai daripada Dekan/Pengarah di PTj. Keutamaan pelantikan diberi kepada pegawai yang terlibat dengan urusan pentadbiran dan mempunyai kemampuan untuk membawa isu-isu risiko yang berlaku di jabatannya ke pihak pengurusan tertinggi PTj.

Peranan Pegawai Risiko:

  1. Memastikan keseluruhan proses pengurusan risiko berjalan dengan lancar dan diselaraskan di peringkat jabatan.
  2. Memastikan risiko komprehensif di peringkat PTj dikenalpasti
  3. Mengenalpasti strategi menangani risiko dengan menyemak aktiviti mitigasi yang dilakukan di peringkat PTj serta keberkesanannya.
  4. Bertindak sebagai perantara PTj dan diselaraskan di peringkat pusat.
  5. Menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Risiko PTj dan bertindak sebagai urusetia mesyuarat (jika ada).
  6. Memastikan penilaian risiko dibuat bagi projek PTj yang berimpak.
  7. Menguruskan pelan Daftar Risiko Risiko PTj bagi MS ISO 9001: 2018 bersdasarkan Sistem Pengurusan Kualiti Pengurusan Pengajian Dan Perkhidmatan UKM (SPK PPP)