ROSH-UKM

 SELAMAT BERKERJA DAN BEKERJA DENGAN SELAMAT

Bahagian Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

MISI

Memastikan Universiti Kebangsaan Malaysia mematuhi segala keperluan bagi Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Perkhidmatan Bomba 1988, Akta Kilang & Jentera 1967 serta akta dan peraturan berkaitan keselamatan pekerjaan merangkumi Kampus Bangi, Kuala Lumpur (Zon Jalan Raja Muda dan Jalan Temerloh) dan Cheras (Fakulti Perubatan Pra-Klinikal, UMBI dan Kolej Tun Dr. Ismail)

BIDANG TUGAS
1. SEKRETARIAT JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (JKKP-UKM)

  • Pematuhan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994, Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996 dan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004.
  • Memastikan pelaksanaan Dasar Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan UKM.
  • Menjadi urus setia kepada Sekretariat Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UKM.
  • Membantu jawatankuasa menjalankan kajian bagi langkah-langkah yang diambil untuk memastikan keselamatan dan kesihatan orang-orang di tempat kerja.
  • Membantu jawatankuasa memberi kesedaran dan pemakluman mengenai peraturan dan sistem keselamatan dan kesihatan.
  • Membantu jawatankuasa menjalankan kajian semula kecekapan program keselamatan dan kesihatan.
  • Membantu jawatankuasa menyiasat dan menjalankan penyelidikan atas corak kemalangan, kejadian berbahaya dan penyakit pekerjaan.
  • Melaporkan amalan yang tidak selamat dan tidak sihat di tempat kerja yang diperolehi berdasarkan Sistem Pelaporan Kemalangan.
  • Membantu jawatankuasa mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan.
  • Membantu jawatankuasa menjalankan pemeriksaan tempat kerja -kurangnya secara berkala.
  • Membantu jawatankuasa memberi cadangan kepada majikan mengenai tindakan pembetulan dan tindakan penambahbaikan yang patut diambil.

2. SEKRETARIAT PEMERIKSAAN KKP

  • Menjalankan pemeriksaan dan pemantauan KKP di tempat kerja secara berkala.
  • Menyemak semula kriteria pemeriksaan berdasarkan akta dan peraturan yang dikuatkuasakan.
  • Mengumpul dan merekod pemeriksaan dan pemantauan KKP di tempat kerja secara berkala.
  • Menjadi urus setia panel Anugerah Tempat Kerja Selamat dan Kondusif UKM.

3. SEKRETARIAT TINDAKAN KECEMASAN & BENCANA

  • Memeriksa, meneliti & menyiasat aduan berkaitan keselamatan & kesihatan pekerjaan
  • Menjalankan penyiasatan ke atas bencana, kemalangan, kejadian berbahaya atau kebakaran yang berlaku di tempat kerja
  • Memeriksa, menyimpan dan mengemaskini rekod jumlah dan jenis kemalangan pekerjaan, kecemasan dan bencana di UKM
  • Menjalankan pemeriksaan berkaitan peralatan keselamatan, peralatan perlindungan diri, peralatan kecemasan dan bencana di tempat kerja
  • Menyediakan Pelan Tindakan Kecemasan & Bencana
  • Menyediakan komunikasi hazard bagi Pelan Tindakan Kecemasan & Bencana
  • Merancang dan melaksana latihan berkaitan pengurusan kecemasan dan bencana di tempat kerja
  • Melaksana dan menyelaras pelantikan Pegawai Insiden di PTj
  • Menyelaraskan peranan Pegawai Insiden terhadap aktiviti KKP dan kecemasan di zon masing-masing
  • Merancang dan melaksana latihan bagi Pegawai Insiden

4. UNIT KESELAMATAN SINARAN

  • Memastikan pematuhan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984
  • Menguruskan pembaharuan/ pindaan lesen LPTA bahan radioaktif dan radas penyinaran bagi tujuan pengajaran dan penyelidikan
  • Menjalankan pemonitoran dos personel dan kawasan
  • Memastikan penentukuran alat meter tinjau sinaran dijalankan di Agensi Nuklear Malaysia
  • Mengatur pengawasan pemeriksaan perubatan pekerja sinaran (pra pekerjaan, berkala, tamat perkhidmatan)
  • Menyediakan latihan bagi pekerja sinaran dan pelajar
  • Menguruskan ujian kebocoran pada sumber terkedap
  • Mengurus dan menyelia pelupusan sisa radioaktif
  • Memeriksa, menyimpan dan mengemaskini semua rekod berkaitan untuk pemeriksaan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom

5. UNIT KESELAMATAN KIMIA

  • Pematuhan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013
  • Memastikan pelaksanaan dan memantau pematuhan aspek keselamatan kimia
  • Membangunkan kaedah untuk menangani dan mengawal hazard kimia yang berpotensi mendatangkan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja (kawalan dalaman – Penilaian Risiko Bahan Kimia Berbahaya Terhadap Kesihatan Secara Kendiri : SeCHRA)
  • Menjalankan pemeriksaan tempat kerja bagi memastikan pematuhan aspek keselamatan kimia di tempat kerja
  • Memberikan khidmat nasihat dan juga bergiat secara aktif dalam membangunkan peraturan dan garis panduan berkaitan keselamatan kimia
  • Menyediakan Pelan Tindakan Kecemasan (Kimia)
  • Menjalankan penyiasatan kemalangan aspek keselamatan kimia
  • Menguruskan latihan berkaitan keselamatan kimia
  • Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005
  • Merancang dan memastikan operasi pembungkusan dan pelupusan buangan terjadual (sisa kimia) di Kampus Bangi dan Kampus Kuala Lumpur berjalan lancar dan mematuhi akta dan peraturan
  • Memastikan buangan terjadual (sisa kimia) dilupuskan di premis yang berlesen dengan Jabatan Alam Sekitar
  • Menjalankan pemantauan pelupusan sisa kimia di Kampus Bangi dan Kampus Kuala Lumpur
  • Menyelaras urusan kerja kontroktor pembungkusan dan pelupusan buangan terjadual (sisa kimia)
  • Mengumpul dan mengemaskini rekod pelupusan buangan terjadual (sisa kimia)

6. UNIT KESELAMATAN BIOLOGI

  • Memastikan pelaksanaan dan memantau pematuhan aspek keselamatan umum biologi
  • Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005
  • Memastikan buangan terjadual (sisa biologi) dilupuskan di premis yang berlesen dengan Jabatan Alam Sekitar
  • Menjalankan pemantauan pelupusan sisa biologi di Kampus Bangi dan Kampus Kuala Lumpur
  • Menyelaras urusan kerja kontroktor pembungkusan dan pelupusan buangan terjadual (sisa biologi)
  • Mengumpul dan mengemaskini rekod pelupusan buangan terjadual (sisa biologi)

7. UNIT KESELAMATAN KEBAKARAN

  • Memastikan pematuhan Akta Perkhidmatan Bomba 1988
  • Menjalankan pemeriksaan tempat kerja bagi memastikan peralatan memadam dan mencegah kebakaran disediakan dan berfungsi
  • Menyelaraskan latihan kawad kebakaran agar dijalankan mengikut garis panduan yang disediakan
  • Terlibat dalam Jawatankuasa Ad-hoc Latihan Kawad Kebakaran.
  • Memantau dan merekodkan pelaksanaan latihan kawad kebakaran di Kampus Bangi dan Kuala Lumpur

8. UNIT KESELAMATAN MEKANIKAL

  • Memastikan pematuhan Akta Kilang & Jentera 1967
  • Menjalankan pemeriksaan tempat kerja bagi memastikan mesin angkat, pengandung tekanan tak berapi dan dandang stim mempunyai Sijil Perakuan Kelayakan yang sah.
  • Membangunkan kaedah untuk menangani dan mengawal hazard mekanikal yang berpotensi mendatangkan risiko keselamatan pekerjaan di tempat kerja.
    Memastikan pelaksanaan penentukuran dan penyelenggaraan peralatan keselamatan

9. UNIT ERGONOMIK

  • Menjalankan pemeriksaan tempat kerja bagi memastikan pematuhan aspek ergonomik di tempat kerja
  • Menjalankan program/ promosi mengalakkan pengamalan aspek ergonomik di tempat kerja

10. UNIT PSIKOSOSIAL

  • Menjalankan program/ promosi mengalakkan pengamalan aspek kesihatan pekerjaan (psikosial) di tempat kerja

11. UNIT HIGIEN

  • Memastikan pematuhan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang & Jentera 1967.
  • Melaksanakan pematuhan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 dan Peraturan-Peraturan Kilang & Jentera (Pendedahan Bising) 1989
  • Membangunkan kaedah untuk menangani dan mengawal hazard yang berpotensi mendatangkan risiko kesihatan pekerjaan di tempat kerja.
  • Menjalankan pemeriksaan tempat kerja bagi memastikan kadar bunyi berada dalam tahap selamat dan mencadangkan tindakan pembaikan.
  • Memastikan pelaksanaan penentukuran dan penyelenggaraan peralatan keselamatan
    Memberikan khidmat nasihat dan membangunkan peraturan dan garis panduan berkaitan aspek higien