![]() | NOTIS PENGUMUMAN AKADEMIK UKM Dimaklumkan bahawa semua barang yang dirampas kerana melanggar Peraturan Peperiksaan hanya akan dipulangkan selepas keputusan Jawatankuasa Tatatertib Pelajar dikeluarkan. Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib Pelajar dijadualkan pada awal Semester 1, Sesi Akademik 2026/2027. Harap maklum. ___________________________________ ACADEMIC UKM ANNOUNCEMENT NOTICE Please be informed that all items confiscated for violating the Examination Regulations will only be returned after the decision of the Student Disciplinary Committee has been issued. The Student Disciplinary Committee meeting is scheduled to be held at the beginning of Semester 1, Academic Session 2026/2027. Thank you. |
| NOTIS PENUTUPAN KAUNTER AKADEMIK UKM Dimaklumkan bahawa Kaunter AKADEMIK UKM akan ditutup sementara pada ketetapan berikut: Tarikh: 15 Mei 2026 (Jumaat) Masa: 10.00 pagi hingga 12.15 tengah hari Penutupan kaunter ini adalah kerana penglibatan warga AKADEMIK UKM dalam Program Gaya Hidup Sihat. Sehubungan itu, semua pelajar dimohon untuk merancang urusan berkaitan akademik di luar tempoh penutupan tersebut. Kaunter akan beroperasi semula seperti biasa selepas tamat tempoh program berkenaan. Segala kesulitan yang timbul amat dikesali dan didahului dengan ucapan terima kasih atas kerjasama serta perhatian semua pelajar. Sekian, terima kasih. |
|
| IKLAN JAWATAN KOSONG PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK (AKADEMIK UKM) Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Akademik (AKADEMIK UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di organisasi kami bagi jawatan seperti berikut: 1. Pegawai Teknologi Maklumat (Gred F9) secara kontrak; 2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Gred FA5) secara kontrak. Penempatan: Pusat Pengurusan Akademik (AKADEMIK UKM) Universiti Kebangsaan Malaysia Calon yang berminat dan berkelayakan, sila lengkapkan maklumat diri dan hantarkan resume/CV terkini serta salinan sijil akademik melalui pautan: https://forms.gle/GKXK2DoUnj8e3Y9s9 Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 03-89118024 atau e-mel kepada tpakad@ukm.edu.my. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil menghadiri sesi temubual. Sekiranya calon tidak menerima sebarang maklumat selepas satu (1) bulan) dari tarikh tutup permohonan, calon dianggap gagal melepasi saringan pertama. Tarikh tutup permohonan: 3 FEBRUARI 2026 (SELASA) Sekian, terima kasih. |
|