Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, ALAF-UKM telah melaksanakan aktiviti penyelidikan lapangan melibatkan beberapa pelajar UKM yang memberi tumpuan kepada ekosistem tanah tinggi, termasuk penyelidikan herbarium serta dokumentasi flora dan fauna unik Bukit Fraser.Aktiviti ini telah dikendalikan oleh Dr. Shamsul Khamis, Ketua Makmal Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, yang turut membimbing peserta dalam teknik persampelan, pemetaan spesies tumbuhan […]
Makmal i-CRIM, ALAF-UKM telah mengadakan lawatan penanda aras ke Cawangan Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia, Ipoh. Delegasi seramai 20 orang diketuai oleh Prof. Madya Ts. ChM. Dr. Wan Nor Roslam Wan Isahak, Ketua Makmal i-CRIM dengan penglibatan seramai 19 orang kakitangan.Delegasi Makmal i_CRIM disambut mesra oleh ChM. Encik Mohammad […]
Lautan adalah nadi kehidupan. Dengan tema _“Wonder: Sustaining What Sustains Us”_ pada tahun ini, mengingatkan kita akan betapa pentingnya peranan lautan dalam menjaga keseimbangan ekosistem dan kelangsungan hidup manusia.Laut bukan sekadar sumber makanan dan rezeki, tetapi juga tonggak kestabilan iklim dan biodiversiti dunia. Marilah kita bersama-sama memelihara dan melindungi khazanah laut demi kelangsungan generasi akan […]
“Sesungguhnya kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah.” – Surah Al-Kawthar: 1-2Aidiladha mengajar kita semua erti pengorbanan yang kita lakukan sama ada besar atau kecil ianya merupakan bukti kasih dan keikhlasan kita kepada Allah serta sesama manusia.Sunnah Nabi Ibrahim A.S dalam berkorban memberi pengajaran tentang pentingnya kepedulian kita […]
Disambut setiap 5 Jun, Hari Alam Sekitar Sedunia merupakan platform utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menggerakkan kesedaran dan tindakan global demi alam sekitar.Bertemakan “Beat Plastic Pollution”, tahun ini kita diberi peringatan tentang keperluan mendesak untuk membendung pencemaran plastik yang mengancam ekosistem, kesihatan manusia dan hidupan laut. Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2025, marilah kita […]
Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada hari Isnin, 2 Jun 2025 bersamaan 5 Zulhijjah 1446H. Sembah takzim daripada Warga ALAF-UKM.
Pesta Kaamatan dan Gawai merupakan dua perayaan yang penting dalam kebudayaan masyarakat pribumi di Malaysia, khususnya di negeri Sabah dan Sarawak. Kedua-dua perayaan ini bukan sahaja menjadi lambang warisan budaya yang kaya tetapi juga menonjolkan keunikan tradisi serta kepercayaan masyarakat Kadazan-Dusun dan Dayak.ALAF-UKM mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Keamatan dan Hari Gawai kepada yang meraikannya.“???????? ????? […]
Timbalan Pengarah (Pembangunan dan Strategik), Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal Universiti Kebangsaan Malaysia (ALAF-UKM), Profesor Dr. Zaidi Che Cob berkata, Malaysia berada pada era Anthropocene ekoran peningkatan suhu, pengasidan laut, pencemaran plastik yang tiada penghujung dan penangkapan ikan berlebihan.Berita penuh di https://www.utusan.com.my/…/anthropocene-ancam-karang…/
Hari Penyu Sedunia disambut pada 23 Mei setiap tahun bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan pemeliharaan dan perlindungan hidupan penyu. Saban tahun, penyu dilihat sebagai salah satu spesies hidupan laut yang terancam populasinya akibat pencemaran.Penggunaan plastik sekali guna dan sampah-sampah plastik yang dibuang ke dalam laut menyumbang kepada pencemaran dan mengancam kehidupan penyu […]
Warga ALAF-UKM mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada ??. ??????? ??????, ????? ?????? ????? ???????????? ????? ??????, ????-??? di atas kejayaan memperoleh dana (Geran Penyelidikan ) bagi kajian The Reassessment and Development of The Integrated Management Plan for Gambut Land, Southern Pahang 2026 – 2035 berjumlah RM480,000.00.Syabas dan tahniah diucapkan.





















