eramai 49 Pelajar, 10 Pensyarah & 11 Kakitangan Jabatan Sains dan Teknologi Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyertai Kursus Teknik Lapangan Alam Sekitar ESC3020, satu program intensif selama tiga hari yang memberi pendedahan awal kepada pelajar tahun 1 mengenai prinsip asas, teknik pengukuran dan persampelan parameter alam sekitar. Fokus kursus meliputi aspek air, […]
Makmal Bioserasi, ALAF-UKM sekali lagi membuktikan keunggulan perkhidmatan apabila berjaya menamatkan dengan cemerlang proses Reassessment Audit oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM) bagi pensijilan MS ISO/IEC 17025:2017 di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM). Pengauditan yang dijalankan selama dua hari ini telah diketuai oleh Dr. Mazlan Isa (Ketua Penilai) dan Prof. Madya Dr. Mas Jaffri Masarudin […]
Pada 30 April 2025, ALAF-UKM menerusi Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR) bersama Yayasan Canselor telah mengadakan perbincangan bersama Tuan Sheikh Zulkifli Bin Sheikh Abdul Rahim, Pengerusi Persatuan Pelancongan Mersing (MTA) bagi hala tuju potensi kerjasama memperkasa aktiviti Eksplorasi Ilmu di Mersing, Johor.ALAF-UKM juga turut mengadakan perbincangan di SMK Mersing pada 29 April 2025 juga membincangkan […]
Hari Pekerja bukan sekadar penghargaan kepada kerja fizikal atau tanggungjawab harian, tetapi adalah pengiktirafan kepada semangat, integriti dan daya juang setiap insan yang menyumbang dalam memacu kemajuan negara. Khusus buat seluruh warga ALAF-UKM dan Universiti Watan, terima kasih atas dedikasi tanpa henti anda semua dalam memartabatkan ilmu, memelihara kelestarian serta memperkasa komuniti menerusi penyelidikan dan […]
24-25 April 2025 – Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berbesar hati menerima seramai 102 orang pelajar dari SK (LKTP) Chini 2 bagi program Kem Kepimpinan Pemimpin Cilik 2025 yang berlangsung selama dua hari satu malam.Program ini bertujuan untuk membentuk sahsiah kepimpinan dan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar sekolah rendah melalui pelbagai […]
22 April 2025 – Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerima kunjungan hormat daripada delegasi Institute for Global Strategy and Competitiveness (IGSC), Sunway University yang diketuai oleh Prof. Pervaiz K. Ahmed (Director) dan Prof. Santha Vaithilingam (Deputy Director) bersama pasukan penyelidik kanan dan penganalisis penyelidikan.Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh mengenai keunikan […]
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekali lagi membuktikan keunggulannya apabila mencatat pencapaian membanggakan dalam Times Higher Education Asia University Rankings 2025.Lebih membanggakan, UKM kini diiktiraf sebagai Universiti Nombor 1 di Malaysia bagi Tonggak Pengajaran yang merupakan salah satu indikator penting terhadap kualiti pengajaran, pengalaman pembelajaran pelajar dan pembangunan tenaga akademik yang mampan.Pengiktirafan ini mencerminkan dedikasi seluruh […]
Warga ALAF-UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Prof. Madya Dr. Mohd Shazrul Fazry Sa’ariwijaya, Ketua Makmal Pusat Penyelidikan Tasik Chini, ALAF-UKM dan Prof. Dr. Mohamad Azwani Shah Mat Lazim atas kejayaan cemerlang merangkul Anugerah Korporat Rohto sempena Sustainable Food Camp 2025 yang berlangsung pada 22 April 2025 di Resorts World Awana, Genting Highlands, Malaysia.Produk […]
22 April telah diwartakan sebagai tarikh Sambutan Hari Bumi di peringkat antarabangsa dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran orang awam ke arah pemeliharaan bumi serta pemuliharaan alam sekitar. Hari Bumi juga merupakan sambutan yang disambut oleh 192 negara dengan tujuan yang sama bagi meningkatkan kesedaran penduduk bumi mengenai isu-isu alam sekitar yang dihadapi oleh bumi melibatkan […]
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM) telah menganjurkan Majlis Harmoni Raya Bersama ALAF-UKM bertempat di Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR), Tanjung Resang, Mersing pada 10 April 2025. Majlis ini dianjurkan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446H dan bertujuan meraikan kemeriahan Syawal bersama warga kerja, rakan strategik serta komuniti setempat dalam suasana penuh kegembiraan […]





















