UKM membuktikan kecemerlangan subjeknya dengan peningkatan pencapaian dalam penarafan Times Higher Education (THE) World University Rankings by Subject 2025 yang diumumkan pada 22 Januari 2025.Subjek Undang-Undang mencatatkan peningkatan kedudukan yang terbaik dengan berada di kedudukan ke 101-125 terbaik dunia. Subjek ini juga berada di kedudukan pertama di Malaysia bersama subjek Seni & Kemanusiaan.UKM terus menunjukkan […]
Alhamdulillah, Program Pengukuhan Kerja Berpasukan ALAF-UKM yang berlangsung buat pertama kalinya dari 23 hingga 25 Januari 2025 di Cherengin Hills Convention & SPA Resort, Janda Baik, telah melabuhkan tirai dengan jayanya.Program ini telah berjaya mencapai objektif utamanya untuk memperkukuh semangat kerja berpasukan, membina komunikasi yang efektif dan meningkatkan sinergi dalam kalangan warga ALAF-UKM.Dalam ucapan pembukaan […]
Peristiwa Israk Mikraj adalah sebuah perjalanan agung Rasulullah SAW dari Masjid Al-Haram (Kota Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (Baitulmaqdis, Palestin) dengan menunggang Buraq. Kemudian baginda dibawa naik ke Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah SWT, di mana dengan izin-Nya, solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah SAW.Warga ALAF-UKM mengucapkan Selamat Memperingati Peristiwa Israk […]
Pada 21 dan 22 Januari 2024, ALAF-UKM telah menganjurkan Bengkel Pengurusan & Jawatankuasa Sokongan ALAF-UKM bertempat di Bangi Resort Hotel. Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini telah dipengerusikan oleh Pengarah ALAF-UKM, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin yang turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dato’ Sri Dr. Mushrifah Idris, Prof. Kehormat dan Penasihat […]
Pada 15 Januari 2025 (Rabu), Kolej Aminuddin Baki (KAB) telah menganjurkan Forum Pemuliharaan Teratai: Ikon Utama Tasik Chini dengan menampilkan Prof. Dato’ Seri Dr. Mushrifah Idris, Profesor Kehormat, ALAF-UKM dan Prof. Madya Dr. Mohd Shazrul Fazry Sa’ariwijaya, Ketua Makmal Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), ALAF-UKM bertempat di Pusat Kemudahan, KAB.Forum ini bertujuan untuk mengupas mengenai […]
Makmal i-CRIM,ALAF-UKM telah berjaya menjalani penilaian Audit MS ISO/IEC 17025:2017 oleh Jabatan Standard Malaysia pada 9 Januari 2024 (Khamis). Penilaian ini dilaksanakan oleh pasukan audit luaran yang diketuai oleh Pn. Ng Pui Wan, Ketua Penilai dan En. Wong Kok Fah selaku Penilai. Penilaian ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Makmal i-CRIM untuk memastikan pematuhan terhadap […]
Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Semoga Allah memberkati pemerintahan Kebawah Duli Tuanku Sempena Hari Keputeraan Ke-77 pada 14 Januari 2025 bersamaan 14 Rejab 1446 Hijrah. Sembah takzim daripada seluruh warga Pusat Pengurusan […]
Pada 8 Januari 2025 (Rabu), ALAF-UKM telah mengadakan Kunjungan hormat ke Bahagian Perkhidmatan Muzik, Radio Televisyen Malaysia (RTM), bertempat di Angkasapuri Kota Media, RTM. Kunjungan ini bertujuan untuk melihat potensi kerjasama penganjuran Teater Muzikal Puteri Gumum, Mitos Rizab Biosfera Tasik Chini UNESCO.Kunjungan ini melibatkan sesi perbincangan mendalam dengan pakar seni muzik RTM, yang diwakili oleh:En. […]
Warga ALAF-UKM mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada Dr. Rozita Ibrahim, Felo Bersekutu Pusat Penyelidikan Tasik Chini, ALAF-UKM di atas kejayaan memperoleh dana (Geran Translasi UKM Tahun 2024) bagi kajian Pembangunan Permainan Dalam Talian Bertemakan UNESCO TCRB Melalui Sulam Untuk Advokasi Komuniti Orang Asli berjumlah RM69,000.Pasukan penyelidik ini turut diwakili oleh Prof. Madya Dr. Khairunneezam […]





















