Makmal Bioserasi, ALAF-UKM pada 10, 12 hingga 14 Februari 2025 telah menjalani proses Pemeriksaan Surveilans OECD Good Laboratory Practice (GLP) yang dikendalikan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia. Pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan kepatuhan fasiliti kajian Makmal Bioserasi terhadap Organization for Economic Coorperation and Development (OECD) Principles of GLP dan keperluan-keperluan Program […]
Pada 21 dan 22 Januari 2024, ALAF-UKM telah menganjurkan Bengkel Pengurusan & Jawatankuasa Sokongan ALAF-UKM bertempat di Bangi Resort Hotel. Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini telah dipengerusikan oleh Pengarah ALAF-UKM, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin yang turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dato’ Sri Dr. Mushrifah Idris, Prof. Kehormat dan Penasihat […]
Makmal i-CRIM,ALAF-UKM telah berjaya menjalani penilaian Audit MS ISO/IEC 17025:2017 oleh Jabatan Standard Malaysia pada 9 Januari 2024 (Khamis). Penilaian ini dilaksanakan oleh pasukan audit luaran yang diketuai oleh Pn. Ng Pui Wan, Ketua Penilai dan En. Wong Kok Fah selaku Penilai. Penilaian ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Makmal i-CRIM untuk memastikan pematuhan terhadap […]
Warga ALAF-UKM mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada Dr. Rozita Ibrahim, Felo Bersekutu Pusat Penyelidikan Tasik Chini, ALAF-UKM di atas kejayaan memperoleh dana (Geran Translasi UKM Tahun 2024) bagi kajian Pembangunan Permainan Dalam Talian Bertemakan UNESCO TCRB Melalui Sulam Untuk Advokasi Komuniti Orang Asli berjumlah RM69,000.Pasukan penyelidik ini turut diwakili oleh Prof. Madya Dr. Khairunneezam […]
Warga ALAF-UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Cik Seri Zurina Abd Kayum, Pegawai Sains Makmal i-CRIM, serta pasukan Unit Morfologi Makmal i-CRIM atas kejayaan cemerlang merangkul ‘Best Micrograph Award’ bagi kategori imej FESEM dalam Pertandingan Imej Mikro Terbaik sempena 32nd Scientific Conference of Microscopy Society of Malaysia (SCMSM2024).Kejayaan ini sekali lagi membuktikan kepakaran dan komitmen luar […]
Warga ALAF-UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Makmal Instrumentasi Berpusat UKM (Makmal i-CRIM) atas kejayaan cemerlang menerima “IKM Laboratory Excellence Award 2024” daripada Institut Kimia Malaysia (IKM) bersempena Majlis Malam Kimia & Presentation of IKM Awards 2024 pada Jumaat 6 Disember 2024.Pengiktirafan ini sekali lagi membuktikan kecemerlangan perkhidmatan Makmal i-CRIM dalam dua bidang utama, iaitu ‘Mechanical […]
Warga ALAF-UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Haji Toriman atas pelantikan semula sebagai Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia berkuat kuasa 2 Januari 2025. Semoga YBhg. Prof. Dato’ sentiasa diberi kekuatan untuk memimpin universiti watan kita dengan lebih cemerlang.
Warga ALAF-UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pn. Hir Yanti Md Tahir, Timbalan Pengarah Instrumentasi dan Perkhidmatan Makmal, ALAF-UKM atas pelantikan beliau sebagai Pegawai Fokal Integriti (PFI), berkuatkuasa mulai November 2024 sehingga Oktober 2026.Pelantikan ini mencerminkan keyakinan tinggi terhadap kepimpinan dan integriti beliau dalam memastikan budaya kerja yang telus serta beretika di dalam tugasan seharian. Semoga […]
Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-67, rakyat Malaysia hari ini meraikan satu lagi detik bersejarah dalam lembaran kemerdekaan negara tercinta.UKM, sebagai sebuah universiti kebangsaan yang menjadi kebanggaan negara, sentiasa berusaha untuk memupuk semangat patriotik di kalangan warga kampus. Semangat ini tidak hanya tercermin dalam aspek pendidikan dan penyelidikan, tetapi juga dalam usaha dalam memelihara dan […]





















