Skip to main content

Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan

Majlis Lambaian Kasih Buat Encik Mohammad Zulkarnain Bin Mohd Zuki

24 Ogos 2026 – Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan Majlis Lambaian Kasih buat Encik Mohammad Zulkarnain bin Mohd Zuki bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan, UKM.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh bermakna itu diadakan sebagai tanda penghargaan dan penghormatan kepada Encik Mohammad Zulkarnain atas segala khidmat bakti, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di Jabatan Anatomi sejak tahun 2022.

Sepanjang berkhidmat di Jabatan Anatomi, beliau telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan serta turut menyumbang kepada kelancaran urusan dan aktiviti jabatan.

Majlis turut menjadi wadah untuk warga Jabatan Anatomi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa serta sumbangan beliau sepanjang berada di jabatan ini.

Seluruh warga Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan, UKM merakamkan ucapan selamat maju jaya diucapkan kepada Encik Mohammad Zulkarnain bin Mohd Zuki. Semoga terus cemerlang dan dipermudahkan dalam setiap langkah serta perjalanan yang mendatang.