institut Alam dan Tamadun Melayu

INSTITUTE OF THE MALAY WORLD AND CIVILIZATION

BAHASA DI SELAT MAKASAR DAN SAMUDERA PASIFIK

Butiran

Pengarang: James T. Collins & Chong Shin
Penerbit: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Tahun: 2010
Jumlah Halaman
Rujukan/Muat TurunKlik di sini

Ringkasan

Buku sederhana ini memuatkan tujuh makalah tentang bahasa-bahasa di Selat Makassar dan Samudera Pasifik. Aspek yang dibahaskan oleh penulis-penulis di buku ini meliputi diversiti dan jejak bahasa Melayu di Indonesia Timur; terminologi bahasa-bahasa daerah di Sulawesi Selatan; usaha pemetaan bahasa dengan teknologi Sistem Informasi Geografis (SIG); diaspora suku Bugis di Papua yang ditinjau dari segi sejarah, periode perantauan, wilayah pertuturan bahasa Bugis dan isu penggunaan dialek-dialek Bugis; tatabunyi dan morfologi bahasa Latu; dan, aspek verbal dalam dialek Remboken (Bahasa Tondano). Diharapkan buku ini bermanfaat kepada para pembaca dan peneliti dalam memahami kekompleksiti bahasa-bahasa, khususnya di daerah Indonesia Timur.

JAMES T. COLLINS (Ph.D), Profesor dan Pengarah di Center for Southeast Asia Studies, Northern Illinois University, U.S.A. Partisipan secara aktif mengkaji bahasa-bahasa di Nusantara seperti Maluku, Semenanjung Malaysia dan Borneo. Terbitan-terbitan beliau tersebar luas di peringkat antarabangsa.

CHONG SHIN (Ph.D), Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Banyak meneliti bahasa-bahasa di Pulau Borneo. Menjadi penyunting kepada beberapa buku, antaranya ialah Bahasa Bidayuhik di Borneo Barat (2008), Bahasa Ibanik di Alam Melayu (2007), Pemetaan llmu di Alam Melayu: Memperkenalkan Indonesia Timur (2007).

ISBN : 978-983-2457-17-6

Skip to content